Followers

Wednesday 30 January 2019

Kai IV : Fighting inside



                 Pandangan terasa gelap. Dia merasakan kepalanya berdengung. Berat. Bebola matanya bergerak - gerak di bawah kelopak mata. Dahinya berkerut-kerut. Nafasnya makin dalam. Dadanya turun naik dengan laju. Perlahan-lahan kedua-dua matanya berkelip. Cahaya lampu pendarflour yang berada di siling samar-samar menyapa. Pandangannya kabur. Cuba dikelip berkali-kali matanya itu namun masih lagi terasa berbinar.

                 'Aku di mana?' Hati kecilnya berbisik. 

                 Lidahnya terasa pahit. Bibirnya yang kering tidak mampu mengucapkan sepatah kata. Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku. Peristiwa semalam merangkak ke dalam kotak memori. Tangan kanan diangkat ke langit, menghalang gelombang cahaya yang mampu membutakan mata. Dilihat wayar berselirat, branula yang kemas dipasang pada belakang tapak tangan terasa pedih. 

                 'Ahhh, aku berada di hospital rupanya,'

                Dadanya kemudian berombak perlahan. Terasa degup jantungnya makin perlahan, mulai mencapai rentaknya. Nafasnya beralun seperti biasa. Dia makin tenang berbanding tadi.

                Seorang doktor yang bertugas shift malam menghampiri. Mata sepet disebalik bingkai berwarna merah gelap dilarikan pada BHT di tangan, kemudian beralih ke arahnya. Tangannya laju mencatat butiran - butiran yang diingini. 

               "Macamana Encik Khairul?" Tangannya meletakkan BHT diatas meja.

                Kai senyum kelat. Bibirnya terasa merekah. Dehydrated.

               "I tengok you punya tekanan darah berada di bawah paras normal. Tapi mungkin you akan rasa pening-pening lagi" Dia senyum. Mesra.

               Kai menoleh ke kiri. Kelihatan buah epal dan oren berada di dalam plastik biru, masih kemas diatas meja. Suara doktor yang bermain di telinga diabaikan. Semak di kepala makin bertambah. Ada yang datang jenguk aku ke? Siapa? Soalan itu sepi tanpa jawapan.

               Dia mengalihkan pandangan kearah wajah doktor itu. 

               "ABG reading I berapa doc?" nadanya segaris.

               Kelihatan doktor berbangsa cina itu agak terkejut dengan persoalannya. Dia mengambil BHT yang ditinggalkan diatas meja tadi.

               " 8.35 pH, PCO2 6.0 kPa, HCO3 ᷇ 35 mmol/L " Ujarnya secara terperinci. Dia memandang wajah Kai, cuba untuk membaca apa yang berada di difikiran pesakit tersebut.

               Dahi Kai berkerut - kerut. "Ahhh… Uncompensated metabolic alkalosis."

               "You doktor ke?"  soalnya. Mukanya agak sedikit kaget.

               "Belum lagi..." perlahan. Mukanya dirasakan begitu panas. Malu. Mana mungkin seorang yang berada di dalam bidang ini melakukan perkara yang tidak sepatutnya pada diri sendiri? Tercemarlah namanya, nama rakan-rakan yang seantara dengannya.

               "You nak buat mental check ke?"

               Doktor itu mengangguk.

          
               *   *   *

               ASD. 

               Kai meraup muka. Seperti yang dia duga, self-diagnosis nya amat tepat sekali. Dia tersandar lemah. Tenaga dirasakan sudah mulai mencapai Level 2 kembali pada peringkat permulaan. Tangannya layu seperti sayur bayam yang dicelur. 

               Ah, bukan dia kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi dia tidak sangka, selama ini apa yang dibuat olehnya gagal untuk menyelamatkan diri sendiri.

               Matanya terasa pedih. Aku nak nangis. Serious talk. 

               Juki yang sedang tegak seperti tiang bendera itu hanya memerhati dari jauh. Keliru. Kecewa? Mungkin tidak, mungkin ya. Empati, mungkin. 

               'Begitu berat sekali apa yang kau sedang rasakan sekarang wahai sahabat. Maaf, aku tidak mampu menolong di saat engkau memerlukan seseorang. Maaf, kerana selama tiga tahun kita bersahabat, aku masih belum mengenali diri engkau,' Gumamnya di dalam hati.

               Juki menghampiri, perlahan lahan, cuba untuk tidak membuatkan Kai terkejut. Plastik kuey teow kungfu di jinjit di sebelah kiri dikemaskan. Dia cuba melukis senyum. Tidak ingin menambahkan gusar di benak sahabatnya. Kai yang dari tadi tersandar menoleh ke kanan. Juki mempamer senyum manis kearahnya. 

               "Assalamualaikum sahabat!" jeritnya kecil. Tangan kanan mengangkat high five ke udara.  Dia meletakkan bungkusan plastik biru ke atas meja, bersebelahan dengan buah-buahan yang masih lagi belum disentuh. 

               "Tepi sikit aku nak duduk." Dialihkan kedua-dua kaki Kai agar sedikit menyerong. Dia mengambil duduk. Matanya memerhati raut wajah roommate nya itu. Eyebags dan lengkungan hitam di bawah mata jelas mengambil alih seri wajah. Pandangannya jatuh pada tangan kanan yang disemat dengan branula

               "1/2 Normal saline D5%. Dextrose 10%." Juki memberitahu tanpa ditanya. “Dah masuk air 3 beg.” Dia sengih kerang pada Kai yang masih tunduk. "Kau haus sangat ke beb? Hahahahahahaha...." cuba membuat lawak, dan dia gelak sendirian. Kai masih diam tanpa kata. 

               "Kau lapar tak? Aku belikan kuey teow kungfu kegemaran kau. Walaupun tak sama rasanya berbanding tempat yang kau selalu makan. Ni hah, aku sebagai kawan sejati kau datang menyelamat..." Juki sengih lagi. Namun melihatkan keadaan Kai yang masih lagi pahit, senyumnya mati.

               "Aku tak lapar." Jawabnya sepatah.

               Juki melepaskan keluhan yang besar. Dia menggigit bibir. Cuba mencari perkataan yang elok untuk disusun. Risau sekiranya apa yang diungkapkan olehnya mampu mencucuk hati Kai. Ah, fragile sungguh! Topik yang mereka ulangkaji bersama akhirnya dihadapi sendiri oleh rakannya. Macamana aku nak buat ni! Dia mengetap bibir. 

               "Aku okay, jangan risau." Kai senyum segaris. Dia menoleh ke kiri, mencari - cari sesuatu di atas meja sebelah kiri.

               "DASS kau berapa?" Juki ingin tahu.

               Kai pandangnya tepat ke dalam mata. Kemudian dia bangun dari sandar. Dia menarik sila. Dia kemudian tergelak kecil. "30, 18, 26" 
   
               'Tinggi. Betul la extremely severe' Juki berkira kira di dalam hati.

              "Juki, tolong aku jap." Kai pandang pada tangannya yang berselirat dengan wayar. Juki mengangkat kedua-dua kening menandakan soal.

               "Aku nak berwudhu, nak solat."



Monday 28 January 2019

Q - Failure


          I'm having a little undenying stress lately. Aku fail interview. Aku fail test. Termasuk dengan berita yang aku dengar semalam dah kali ke 5 (result+permohonan+IV) aku fail. Gila tak kecewa!  I've drawn in deep thoughts sampaila aku jumpa post ni ditulis oleh my one and only favourite female anonymous writer. YES! Subhanallah, MashaAllah, disaat aku perlukan warm words dan kata - kata dorongan, Allah petik hati aku untuk baca balik post HLOVATE di Facebook. Alhamdulillah, tenang la sikit rasa.

          Talking about my favourite writers, most of them (well obviously semua except HLOVATE) are men. There is something about her that attract me since 2010. Dia ada cara dakwah dia tersendiri (Salute!) 

          She's one of my inspiration to write and yes, I remain a loyal fan.

          Enough talk, here is her short story, thanks HLOVATE ubati hati aku :)

   *   *   *

HLOVATE · May 27, 2012 


"....and you failed. So?" - [@] Hlovatesays.

__________________________________________

“…and you failed.  So?” Muka tak berperasaan.

Kening Alan terangkat sebelah. “Kot ye pun kau tu ada keturunan suka-sakat android. Tunjuk la gaya simpati ke empati ke sikit.”

Hadi angkat bahu dengan muka berkerut. “Aku tak reti.”

Alan sengih tawar. Dia menghela nafas panjang. “Rasa gelap dunia, dowh….” Dia menggumam sendiri di bawah sedar. Tangan kiri dilarikan di celah rambut. Tangan kanan mengetuk kepala lutut. Mata merenung kosong muka Campus Pond yang hanya beriak kecil dilibas kumpulan Canadian Goose yang berenang melintas.

Sepi mengambil ruang di kerusi batu menghadap kolam buatan manusia di tengah kampus tu. Sekitar mereka, di sana-sana ada je students lain yang bersepah duduk. Mengambil peluang merasa nikmat panas matahari sambil makan, buat kerja, atau hanya lepak cuba untuk mengosongkan kusut di kepala. Laman kampus dah kembali hijau dan berwarna. Musim bunga dah tiba. Tapi tu la. Matahari mungkin bersinar dengan langit biru tanpa awan, tapi hujan dalam hati manusia, orang tu je yang tahu.

Hadi pass tuna-wrap pada Alan. Tapi matanya pada kumpulan Canadian Goose yang masih lagi berenang berlegar di hadapan mereka.

“You sucks at giving pep-talk, man.” Alan geleng ketawa sambil menyambut tuna-wrap tu.

Hadi tak menjawab. Bahagian tuna-wrap yang tadi dibahagi dua di tangannya dipandang. Dicariknya sikit pita bread lalu dicampaknya ke tengah kolam. Berebut Canadian Goose tu mengejar cebisan pita di muka air.

“Thanks.” Alan bawa tuna-wrap ke mulut lepas baca doa makan. Ni namanya bekal lunch orang bujang. Tuang tuna, mayo, black-pepper dengan lemon juice dalam mangkuk. Kasi kacau. Lepas tu bentang pita bread, letak tomato, tuang tuna-mix, siram dengan sos, bungkus. Selamat duit dari kena beli makanan kat cafeteria kampus. Dia tak sempat buat lunch hari ni. Mujur la ada housemate yang murah hati macam Hadi.

“Berapa weight assignment tu?”

“25%.” Nafas panjang ditarik lagi. Tuna-wrap yang menuruni anak tekak dah rasa macam hampas tebu. Tadi baru dapat marks untuk Assignement 1 Math 128 Calc. Kelas yang betul-betul elok je sebelum lunch-break ni. Ringan tapak kaki bila tengok marks yang kurang dari separuh tu.  10.75. Maknanya dia hanya score 43.03% untuk assignment ni. Less than 49%, maknanya FAIL. Serabut kepala dibuatnya oi…

Hadi tarik earbuds dari telinga kiri. Dihulur pada Alan. Alan pandang earbuds tu dua saat. Kemudian pada Hadi yang masing merenung Canadian Goose tengah kolam. Kemudian tanpa banyak cakap dia capai dan sumbat ke telinga kanannya.

“Heart of Courage.” Hadi menutur sambil membawa tuna-wrap ke mulut.

“Two Steps From Hell.” Alan mengangguk pada Canadian Goose yang masih berenang dengan senyum segaris. Tuna-wrap yang tadi dilupakan dibawa ke mulut.

Sepi lagi.

"You really sucks at giving peptalk, man." Alan ketawa tawar sambil menggeleng.

“Nabi Nuh failed to get his son to be with him masa nak naik bahtera waktu banjir besar tu datang.” Hadi mencarik pita bread dari tuna-wrapnya. Angkatan Canadian Goose di tengah kolam tu nampak kebulur sungguh gayanya.

Alan mengunyah perlahan. Ditelan. Dia pandang Hadi. Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.

Angguk. Hadi kini membawa tuna-wrapnya ke mulut. Perut sendiri pun lapar juga. Alan turut sama kembali kepada lunch di tangan. Sepi kembali mengisi ruang.

“Great men.” Ujar Hadi kemudian setelah menelan suapan. Tapi mata masih juga pada muka kolam. “And they too, have failures.”

Kumpulan Canadian Goose yang tadi menunggu kalau ada lagi huluran dah bosan menunggu. Ketuanya dah mengajak angkatannya mencari makanan di jajahan lain pula. Hadi hanya mengikut dengan mata. Alan mengunyah tuna-wrapnya lambat-lambat.

“And they never really did stop trying for the better, didn’t they?”

Alan menarik senyum segaris. “You really did suck at giving peptalk, bro.” Sengaja.

Heh. Hadi hanya angkat bahu dengan senyum segaris yang sama. Heart of Courage dah sampai ke hujung lagu.

Matahari di tengah langit masih bersinar di tengah biru yang lapang terbentang. Hujan di hati pun dah reda agaknya.




   *   *   *

Friday 25 January 2019

Kai III : Percubaan untuk terus hidup



“What does it suppose to mean when you keep on repeating the same mistakes again?


It means you have outdone yourself again this time, it means you've never learn from your past 

and 


YOU--- are a failure.


You’re fine as a you have never be.


So why bother living if you can never bother surviving?


Why bother struggling when in the end you’re not even succeeding?”


You better off be dead.



     *   *   *


          Aku mengambil telefon yang dari tadi berdering tanpa henti. Butang hijau di slide ke kanan.

          “Assalamualaikum.” Suara di sebelah sana menyapa.

          “Waalaikumussalam,” jawabku. Senada. Aku mengambil duduk di birai katil. Tuala yang ada ditangan dilap ke muka yang masih lagi basah dengan peluh.

          “Kai, kau still ada kat hostel ke?” Juki memecah sunyi.

          Aku diam seketika. Cuba untuk mengatur kata. Soalan Juki bergema di minda. Aku berasa serba salah. Berterus terang sahaja, atau aku patut bagi alasan lain? Aku berkira-kira dalam otak. Suasana agak sepi beberapa ketika

          “Aku ada lagi kat sini hah. Tunggu la beberapa hari jap. Nanti aku balik.” Aku tunggu reaksi Juki. Bibir digigit perlahan. Berdebar juga aku dengan Juki ni. Dia bukan boleh dibawa main. Juki adalah seorang yang sangat tegas. Kadang aku pun takut dengannya.

          “Kau buat apa lama-lama kat sana?” agak tinggi suaranya. Mungkin dia risau. Aku cuba untuk tidak melatah.

          “Aku join usrah kat sini. Ada kem selama tiga hari di resort Sri Kemuning.” Jawabku patah demi patah. Segan.

         Juki terdiam. Agak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Kai. Kai mungkin sudah berubah? Namun soalan itu hanya mati di hati.  

           Dia kemudian bersuara. “Alhamdulillah.” Itu sahaja yang disuarakan. 

       Aku melepaskan nafas lega. Perlahan lahan aku bangun dari duduk menghampiri jendela. Matahari senja makin menghilang. Kelihatan sekumpulan burung terbang pulang ke sarangnya. Aku tukar posisi telefon dari telinga kanan, ke telinga kiri.

          “Kau dah makan ubat belum?” Kali ini Juki kedengaran mesra.

          “Dah. Pagi tadi dan tengahari. Ni aku baru je sampai bilik. Baru habis jogging.” Aku toleh ke sebelah kanan. Kelihatan beberapa pelajar sedang menuju ke kafe. Perut tiba- tiba berkeroncong.

          “Juki, aku lapar la.” Aku mengadu.

          “Ala ciannya roommate aku ni. Kalau aku ada boleh aku teman kau gi makan.” Aku tergelak kecil. Tiba- tiba aku berasa rindu dengan celoteh Juki.

          “Kau mengidam apa pulak kali ni?” Juki bertanya.

          “Sotong celup tepung. Dapnyeeeee…” aku panjangkan harakat. Aku mengecap lidah. Betul mengidam ni.

          Juki mula membebel di telinga. Entah apa yang dibicarakan aku tidak tahu. Fikiran ku melayang pada keenakan sotong celup tepung. Kerangupan pada tiap gigitan. Sotong yang dicicah ke dalam sos homemade lada merah, kepedasan yang memberi ketagihan kepada sesiapa yang mencubanya buat kali pertama.

          “Kai.. Woi Kai.. Woi!” Kebingitan jeritan Juki menyedarkan aku dari lamunan.

          “Ye..” Aku menjawab dengan suara merengek.

          “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Juki dah mula membuka aura mak-mak. Mata aku meliar. Cuba mencari semula bebelan temanku itu  di dalam kotak memori.

          “Dengar. Kau pesan jangan lupa makan ubat.” Mungkin itu yang dibicarakan oleh Juki sebentar tadi. Biasanya Juki lah yang selalu mengingatkan aku tentang kesihatan diri aku. Harapkan tuan empunya badan…

          “Haaa. Tu satu. Lagi satu ni hah aku nak pesan.” Juki berdehem.

          “Jangan balik lambat sangat. Aku nak lepak dengan kau kat rumah. Adik-adik aku dah start sekolah. Bosan la takde kau.” Juki cuba menyembunyikan senyum dari suaranya.

          “Ala kalau rindu aku cakap je la. Bukannya aku tak kenal kau.” Aku cuba memprovok Juki. Tahu, dia sudah merindui aku. Aku senyum ke telinga.

          “Yelah yelah. Aku rindu kau. Puas hati?” Juki mengiakan.

          Aku sengih kerang.

          “Aku pun rindu kau Juki.”


Thursday 24 January 2019

Kai II : Self cut



20170208; Wed; 0121

          When suddenly words that you preach stab you in the front. Piercing through your thick skin, smoothly cutting the adipose layers, between your so called rectus abdominis, right down your guts. You can hear the squishy muddy sound until the force stops pushing it deeper. Your neck flexor muscles contract, eyes pointing towards the abdomen with enlarged iris.

          Eight jabs, each one is not far from each other. But the last one was still intact, much bottomless compared to the others. The dark red liquid that splurged from the same spot, it feels hot at first,  but then it looks terrific. How dire can it be when you're the one who holds the knife? You're in oblivion. But then you realise, oh it's you, it's you. Your own so-self-loved-body and your undefined mind in return.

             You take a short glance, and look way up in the sky. Your heart is screaming, but not your body. Your soul, soulless soul, cuffed with big, heavy chains.
You hate it so much. More than the pain does. You hate it cause it drains away your thoughts,  your conscience, your strength and everything inside. You, yes you, a medical school dropout, is a big fat liar.

               You lie about yourself, you lie about having a desirable life, about your precious believe and faiths. You lie about everything.
               And now it kills you, much.
When your own words ate you, 







no they don't. They stab you. Eight times.




      *   *   * 

          Kai terbangun dari tidur. Peluh yang membasahi muka dan leher dilap dengan belakang tangan. 

               "Fuhhhhh... Aku mimpi apa tadi?" 

            Dia meraup muka dengan kedua tapak tangan. Matanya yang masih tertancap pada siling, kelam tidak berkelip. Kosong. 

            Luka di bahagian perut pesakit itu dicuci dengan cermat. Lapan tikaman di abdomen itu sudah kering lukanya. Tujuh darinya berselerakan di bahagian kanan, memandangkan pesakit bukanlah seorang yang kidal. Dan tikaman yang terakhir, tepat berada di tengah tengah, merupakan luka yang paling dalam sehinggakan menembusi dinding perutnya. 

               Dan itulah satu satunya yang perlu dijahit. 

               Dia memandang wajah lelaki itu yang sedang berkerut kerut menahan kesakitan. 

               "Sakit?" Mata mereka saling menatap. 

               "Sakit sangat doktor.." bibirnya diketap.  

               Kalau sakit kenapa kau tikam diri kau sendiri? Ujarnya di dalam hati. Sayangnya kau pada manusia, sampai kau lupa pada Sang Pencipta. Untung sahaja Dia tidak matikan jasad kau terus. Syukurlah Dia masih memberi kau peluang untuk bertaubat. 

                Gauze itu dirapikan dengan tape. 

               "Okay dah siap, awak berehat ya. Nanti sy minta misi bagikan ubat lepas ni," 

           Tangannya membuka paip. 

               "Terima kasih doktor," tangan kanannya dihulur ke arah doktor muda itu namun agak terhad pergerakannya memandangkan rantai besi yang tergari di tangannya. 

               "Tak perlu salam" lelaki yang berdiri tegak di pintu bilik utiliti bersih itu bersuara tegas. 

             Tangannya mencapai tisu. Lima helai. Precisely. Tisu yang digumpal dicampak ke dalam tong yang berlapik plastik hitam. 

         Dia memberi senyum mesra kepada polis itu. Kemungkinan berumur di awal 30an. Dia menoleh ke belakang. Pesakit tadi sudah bangkit dari katil. Tersenyum pahit kearahnya. 

               Muka itu makin kelam. Menyedarkan dia dari lamunan. 

          Tangan kanan dihulur kebawah bantal. Galaxy Note II bersarungkan casing warna merah dipegang. Butang home ditekan. 03:52

               "Allahu.. Dah nak pukul 4 pagi rupanya.. " 

              Dia membawa langkah menuju ke bilik air. Selipar jepun disarung. Langkah dibawa menuju ke sinki. Pili paip dipulas.. 

              "Bismillah..." 


Kai I : Kejamkah?


20170224; Fri; 0042
Pernah dengar kisah anak bunuh mak?

Suami kelar leher isteri.


Palestin dibom 10 maut termasuk bayi.


Pelarian Syria terkandas di sempadan Mesir. 
Kejam kan? Tapi kau tau apa yang lebih kejam? 

Saat kau berhenti untuk hidup tapi kau tak mampu untuk bunuh diri kau sendiri. 
Ya, itu yang paling tak berperikemanusiaan. 
     
     *   *   * 

          Kai melontarkan pandangan ke hadapan. Lautan biru muda terbentang luas tidak mampu mendamaikan sesak di benak. Hambusan bayu pagi menyapa lembut mukanya. Kaki yang terjuntai di sebalik pagar besi itu dihayun di awangan. Dagunya dipangku dengan tangan bersandarkan jeriji besi.

             Dia melepaskan keluhan kasar. Report tak siap lagi. Petang nanti ada CME, lepas tu kena stay up sebab nak follow up patient. Tapi aku ingat nak siapkan report dulu, macamana boleh ada CME pulak tengah hari ni? Huarghhhhh....! Pening! Mana satu dulu ni? 
              Dahla tadi aku kena luku dengan Dr Wan. Boleh dia kata aku ni lack of common sense? Aku buat history taking je kot? Baru je nak auscultate, lepastu dia luku aku dengan buku lima dia. Tak cukup tangan, kepala aku kena ketuk lagi dengan tendon hammer
           Tangan kanan menyeluk saku jubah putih yang siap sedia tersarung di badannya. Penutup kotak besi warna biru turquoise bersaiz separuh tapak tangan dikuak. 2 biji pil berwarna putih diambil lalu dimasukkan kedalam mulut. Perisa peppermint. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Ada la dua tiga kali dia beli perisa spearmint, sebab perisa peppermint dah habis. Dan juga bilamana dia perlukan strong flavour untuk menjentik sedikit semangat. 
             Kalau dulu dia tidak pernah suka tapi semenjak dia berhenti merokok dua tahun yang lalu, dia rasa tidak selesa dengan mulut kosong. Lidah terasa pahit dan tekak berasa gatal. Sputum retention dekat trachea agaknya. Tak lama pun dia smoking, dalam setahun.
             Dan setahun tu jugak dia kena bash dengan classmates. Lepas stop tu ada jugak yang perli tapi mujurla diorang semua memahami. Sebenarnya bukan dia sorang je, dalam satu batch tu ada la dekat 7-8 orang yang smoke out of 65 persons, lelaki ada dalam 25 orang.
             And most of them started since zaman lepasan sekolah. Zaman aku-dah-besar-dan-aku-boleh-buat-apa-aku-nak. Some of them kerja, lepastu terpengaruh dengan member kat tempat kerja. Like, kau tak smoke so kau tak cool. Pft. 
            Lain pulak dengan kisah Kai. Dia mula smoke masa akhir tahun tiga medical school. Tidak ada sesiapa yang pengaruh, tidak ada sesiapa yang hulur batang LA atau condemn sebab dia tak smoke. Cuma diri dia sendiri cari. Dia sendiri yang start enjin motosikal, singgah restoran mamak tidak jauh dari pagar depan kampus. Lepas pekena roti canai telur sekeping dengan air suam, dia melangkah ke kaunter depan. 
              "Roti telur satu, air suam segelas," 
              "Dua ringgit tiga puluh sen" 
              "Tuu..."  sambil mulutnya dimuncungkan ke arah rak di belakang pelayan berbaju putih itu. 
              "Yang mana?" Soalnya. 
           Dia meneliti rak yang terlindung dengan pintu kaca. Kotak kotak yang tersusun kemas pelbagai warna membuatkan dia sedikit keliru. Matanya kemudian terpandang kotak yang berwarna putih. Harga mampu milik,  paling murah dari kotak kotak berwarna maroon, hijau petronas dan warna warna lain. 
            "Suriya" jawabnya sambil menyeluk kocek seluar. 
             Pelayan itu tergelak - gelak. Kai memandangnya penuh hairan. 
           "Dik, tengah jimat ka?" Gelaknya masih bersisa. 
           Geleng. 
           "Baru?" Tawanya terhenti. 
           "Try yang ni," dia menghulur kotak berwarna merah putih. 
           Sekeping not berwarna merah bertukar tangan. 
           Dia menunggang motor LC milik teman sebiliknya pulang ke kampus. 


           *   *   *

        Pintu bilik diketuk. Sunyi tidak berjawab. Dia memulas tombol,  lalu daun pintu itu dikuak. Tidak ada tanda tanda bahawa teman sebiliknya, Juki, berada di rumah.

           'Mungkin dia keluar ke perpustakaan agaknya.' Ujarnya di dalam hati. 
        Kocek seluar diseluk, tangan kanannya laju mengeluarkan isinya. Kunci motor. Kunci bilik. Wallet. Dan sekotak rokok. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya diatas kerusi plastik itu. Barang barang itu bertaburan atas meja studinya. Tangan kirinya mencapai kotak rokok, dibawa tepat ke hadapan wajahnya. 
          "Apa aku nak buat dengan kau?" 
       Pintu biliknya dikuak tanpa ketukan. Salam diberi. Jasad yang baru melangkah setapak itu terpaku di pintu bilik. Juki memandangnya tanpa kelip.



     Tiba tiba badannya terasa bagai berada di dalam peti sejuk beku.




Wednesday 23 January 2019

Kenapa menulis?


Sebab aku tak pandai bermain alat musik?

Sebab aku tak tahu macamana nak pecut 100m tanpa pengsan?

Sebab aku tak reti nak jadi famous by doing stupid videos atau buat video yang memperbodohkan diri sendiri?

Sebab aku tak belajar cara nak jadi public figure and selalu review gifts and stuffs?

*   *   *

Kalau tanya kenapa menulis. Sebab menulis dah menjadi minat sejak aku berumur 12 tahun. Aku dulu masa sekolah rendah bukan budak pandai pun. Walaupun berada dalam kelas pertama, aku pernah gagal subjek Matematik dua kali. Hahahaha. Dan aku lah satu satunya manusia yang gagal dalam subjek itu dalam kelas aku.

Aku betul-betul mula minat membaca masa aku berumur 12 tahun. Walaupun pada hakikatnya sejak aku pandai mengeja (4 tahun), mula membaca (aku 5 tahun masa tu) ibu dah bagi bermacam macam buku. Setiap kali birthday, ibu akan hadiahkan buku. Walaupun bukan isi yang aku cari, namun oleh kerana ilustrasi dan warna warna yang menarik, aku terpikat jua dengan buku. 

Not until I was 9 years old. Aku dah mula boring dengan buku. Yela masa tu aku dah boleh baca dan faham English words so ibu nak kami boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik, dia mulai hadiahkan buku cerita Inggeris untuk sesuai untuk kanak-kanak seumur aku (note that jenis- jenis buku that she bought for me was Biography of Archimedes and Biography of Isaac Newton for kids)  Hmmmm... kau rasa?

Though I really am, thankful for her. My writing and speaking skills gets better. Sampai sekarang alhamdulillah. We don't need to be a 'graduan luar negara'  to excel in English langguage. Trust me.

12 tahun aku mula menulis cerita. Masa tu pakai buku nota log dan pen berwarna biru je. Cerita yang aku tulis ketika itu hanyalah cerita fiksyen, cerita horror melayu, cerita cinta monyet, cerita bertajukkan jenis-jenis kuih raya. 12 years old me guys,

I keep on writing bila aku masuk sekolah menengah. I publish it on my first personal blog; I was in Form 1. Lepastu entah macamana aku delete blog and I lost all the data. I barely remember it though.

14 years old when puberty hit me. Getting around in sekolah agama, usrah pada ketika itu agak janggal bagi aku. But it never fail to attract me into it. Aku mula menulis isu -isu agama. At first isu ikhtilat, kemudian isu aurat, lalu timbul isu couple islamik, isu dosa kecil and so on. Tapi aku still a rebellious kid. Orang tegur aku layan lagu rock, metallica, punk, emo -- aku marah. Bagi aku they speak on my behalf. Bukannya aku tengok porno atau hisap gam. 

16 years old, aku berpindah ke sekolah baru. Bukan sekolah agama, tapi sekolah berprestasi tinggi. I'm free, finally. At least that what I thought. Aku boleh layan lagu - lagu yang aku nak, aku boleh tulis sebagaimana yang aku mahu. I almost terpengaruh dengan liberalism and anarchy. Blog baru pun muncul. Nama pena aku sudah siap tersemat di hati.

Form 5 aku tak berapa fokus menulis. Tumpuan aku hanya pada SPM. At the end of it, SPM entah kemana, tulisan pun dah tumpul. SPM aku okay je guys, jangan risau. Biasala sejenis yang condemn diri sendiri. 

A few years later. Here I am, sedang mengasah semula bakat -bakat menulis (ecece) yang sedia ada. Tiap tahun aku cuba pastikan aku tulis sekurang-kurangnya satu post (setahun). Alhamdulillah aku sempat back up balik blog kesayangan aku. Aku save post post yang aku rasa berguna (aku save semua post sebenarnya) So lepasni aku mungkin akan post balik stories or rants yang aku rasa agak matang dan agak senang untuk difahami. Take note on the date, time and day written  ;)

Aku bercerita, aku berceloteh; 

"The reason why I write is because,
when I speak, no one listens."

Tuesday 22 January 2019

I rise from the ashes.

Assalamualaikum.

Ini adalah blog kelima aku.

3 blog pertama merupakan blog peribadi, hanya orang terdekat yang mengenali aku yang sebenar yang mempunyai link kepada blog aku. Blog keempat; iaitu blog ashyfighter.blogspot adalah blog pertama aku sebagai ASH (Which is deleted diatas sebab sebab tertentu) Nama penuh aku biarlah rahsia. Biarlah aku hidup dalam keadaan biasa biasa. Aku tidak berminat untuk menjadi terkenal. Fame is not my thing (bajet dah famous macam Ziana Zain) Bila kau dah dikenali umum, secara lansung kehidupan peribadi kau menjadi bualan orang.  They will talk about every single thing. Your name, your age, your education, your face, your family. 

They will talk, bad things and good things. If it's a good thing, Alhamdulillah. Though masa tu kau kena deal dengan perasaan riak, ujub takabbur (nauzubillah Ya Allah) And they will talk bad about you. Kau hodoh, eh kau pendek, tak pun kau gemuk sangat (walaupun berat kau masa tu 50kg je), dorang akan tanya siapa parents kau, dorang kerja apa, dulu sekolah mana (SMK? biasa je tu dulu mesti selalu ponteng sekolah lepak mall sebab tak minat belajar. Sekolah Convent? Fuyooo macamana, dah murtad dah ke? Ehh sekolah SBP dak2 pandai ni. MRSM? ehh kenapa tak fly oversea? ni mesti SPM dulu result teruk. Sekolah agama? Fuyoo mesti selalu pakai kopiah, perempuan bertudung labuh, alim, maksum dari dosa) Dan ketika itu kau tidak berhak untuk mendiamkan mereka. 

Haaa? Tengok? People judge, people talk. Dan aku bukan sejenis yang mampu bertahan dengan segala percakapan dan tohmahan manusia. Salute to public figures out there. Sejenis yang muka tebal. Hehe, it's a compliment okay sebab aku pun nak jugak bermuka tebal (?)

Introduction kepada diri aku, ada dekat tab SIAPA LA ASH NI. I'll write it there. 

Anyways, this is it. A medium for my writings, my catatan harian, my cerita, my emotion, my everything. Hehe... Stay tuned for more!


A fresh, new start.

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan ini saya ingin mengumumkan blog baru aku; Rise. A new start, inshaAllah. Let's embark this journey together shall we? *kenyit mata