Satu dorm memuatkan lapan katil
double decker dengan tilam - tilam yang belum beralas. Hanya tilam miliknya
sahaja yang sudah siap dipasang cadar berwarna kelabu gelap bercorakkan bunga hydrangea berwarna putih. Katilnya
berada di hujung sekali, paling dekat dengan pintu keluar B, juga paling dekat
dengan tangga. Barang – barang dobi diletakkan dibawah katil. Toiletries disatukan di dalam bakul
kecil berwarna hitam. Dia memilih almari yang berada di hujung kaki katilnya.
Pintu gerobok kecil yang sudah terbuka itu dilihat isinya. Hanya dipenuhi
dengan beberapa pasang baju kurung raya dan empat helai jubah hitam yang baru
dibeli. Lima pasang khimar sudah siap tergantung pada hanger bersama pakaian – pakaian tadi. MP3 player berwarna merah disimpan di dalam laci bersama dengan Walkman disc player dan headphone berjenama Sony. Album – album milik band kegemarannya diletakkan dalam ruang
yang sama.
Bahagian dalam pintu sudah siap
dihiasi dengan poster Amy Lee terpampang jelas disebelah cermin yang
tergantung. Sekeping gambar keluarga ditampal di sebelah poster tersebut. Gambar
raya tahun lepas. Mulut Razin yang penuh dengan makanan dan cucuk sate masih
lagi setia di tangan. Mama yang sedang menyudu kuah soto ke dalam mangkuk
sebelum diserahkan kepada papa. Dan dia yang sedang tersenyum manis kearah
lensa sambil tangan kanannya merangkul lengan kiri papa. Ketika ini rambutnya
masih lagi dengan tone blonde,
telinga kiri yang penuh dengan lapan jenis subang yang berbeza. Tangan kirinya
yang menayangkan ‘peace’ di udara dipenuhi dengan gelang hitam pada
pergelangan. Kuku yang bercat hitam senada dengan tema. Dia memakai baju kebaya
songket berwarna hitam dengan dekorasi yang ditenun dengan benang emas. Papa
dan Razin juga kemas dengan baju melayu cekak musang warna hitam dengan samping
menggunakan kain songket yang sama. Mama berkebaya design yang sama dengannya, rambut hitam yang beralun pada paras
bahu tersisir rapi dikemaskan dengan sepit corak bunga mawar dihiasi batu
permata.
Mukanya betul sama dengan mama. Ke
mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Gambar ini diambil oleh Paksu,
adik bongsu sebelah mama. Sekali imbas nampak macam keluarga bahagia, keluarga
yang menjadi contoh buat orang sekeliling. Tapi hakikatnya, hanya dia sahaja
yang tahu betapa peritnya hidup dengan bertopengkan kepalsuan semata – mata.
Pintu almari ditutup. Hujung mata diseka dengan telunjuk. Tekaknya terasa perit
berpasir. Pintu dorm yang dikuak dari luar menyebabkan dia menoleh ke kiri.
Kelihatan seorang gadis lengkap bertutup litup sedang menarik bagasi kearahnya.
Dia meletakkan bantal keatas katil bersebelahan dengan katil milik Raihana. Zip
bagasinya dibuka. Dia mula mengeluarkan isinya lalu disimpan kedalam almari di
hadapannya. Raihana hanya diam memerhati dari tadi. Gadis itu menoleh kearahnya
lalu dia menghulurkan salam mesra.
“Assalamualaikum, saya Maisara.
Boleh panggil Sara.” Hanya matanya sahaja yang jelas terpampar dengan senyuman
yang tidak lekang.
* * *
Kepalanya
diangguk – angguk mengiyakan. Telefon yang dikepit diantara telinga dan bahu
diri terasa panas. Sudah hampir lima belas minit mereka berbual di telefon.
Raihana berdiri tegak di hadapan cermin yang digantung pada pintu gerobok. SK –
II face toner disapu pada muka
menggunakan kapas dari jenama yang sama. Facial Treatment Essence itu dituang
pada telapak tangan dan perlahan – lahan dia membawanya lembut ke muka. Jari
jemarinya mengurut keseluruhan mukanya dan juga leher. Pintu loker kemudiannya
ditolak rapat dan dikunci.
“Rian,
are you sure tak nak Mama pick up hujung minggu ni?” Mama bersuara
dari hujung telefon bimbit.
“Yes, Mama. Rian nak duduk kat sini je
hujung minggu ni tak nak keluar ke mana – mana.” Langkahnya diatur ke katil.
Telefon ditukar ke telinga kanan. Dia merebahkan tubuhnya ke katil.
“Rian…”
Mama sudah bersuara dengan getar amaran. Selepas kejadian yang membawanya ke
Emergency Department pertengahan tahun lalu, Mama sentiasa menjaga dan
memerhati gerak – gerinya. Setiap kali dia menyuarakan bahawa dia ingin
menyendiri, Mama mulai berasa sangsi dengan tingkah lakunya. Jika dia mengunci
bilik dari dalam, Mama terus gelabah. Bukan tak pernah dia menguncikan diri di
dalam bilik dan tak keluar seharian. Tau – tau tubuh kecil itu dah layu tak
sedarkan diri dengan pil – pil yang bertaburan di lantai.
“Mamaaaa…”
suaranya kedengaran seperti merengek. “Kat sini Rian stay dalam dorm kan? Ramai je yang tak nak keluar outing. Dorang ada je kat sini dengan
Rian,” cuba ditenangkan ibunya yang berada di hujung talian.
“No. I don’t think so,” tegas. “Hujung
minggu ni Mama datang ambik. Bring along
your laundry. Nanti suruh Mak Teh
settlekan.” Titik. Raihana melepaskan
keluhan kasar. Dua minggu dia berada di sini, sepertinya Mama masih belum
percaya bahawa dia akan pulih. Paket putih yang berada di hujung bantal
diambil.
Mirtazapine
30mg (Remerone) dah tinggal separuh. Next
appointment dengan doktor pakar lagi lapan hari. Ambil ubat pula lagi tiga
hari. Raihana mengurut leher yang terasa lenguh. ‘Okay fine, aku balik! But
just to make sure that I won’t running out of my medication.’ Kalau ubat –
ubat tu dah habis, tak rasa kena deal
dengan jutaan side effects lain
pulak… Haru! Tak pasal – pasal banyak pulak masalah lain yang kena hadap.
“Okay
Ma. I’ll wait for you then,” dia
senyum pahit. Orang lain berebut – rebut nak keluar outing lama – lama, nak dapat cuti berhari – hari seperti dia.
Boleh dikatakan hampir semua cemburu dengan kelebihan yang dia dapat.
Maklumlah, kat sini sistemnya macam sistem sekolah. Hanya dibenarkan keluar dua
hari pada hujung minggu. Bergilir – gilir dengan para akhawat. Tujuannya adalah
untuk ‘menjaga’ dan mengekalkan ilmu yang diberikan. Tapi kalau semua tahu kenapa
dia mendapat ‘privilege’ tersebut,
maunya dia dipulaukan tak cukup tanah.
Ada
juga dua tiga yang sok – sek – sok – sek
di belakang. Ada yang terus terang bertanya depan depan. Raihana hanya
memberitahu dia sakit perut dan sentiasa perlukan check – up. Penat lah nak hadap pandangan orang. Penat nak jawab
kalau ditanya macamana ‘orang gila’ macam dia boleh terlepas masuk dalam pondok
yang sepatutnya diisi oleh orang – orang yang hanya cintakan agama. ‘Aku pun
cuba untuk cintakan agama apa? Aku cuba untuk cari solution untuk diri aku sendiri kat sini… Lagipun depression tu bukannya gila…’ Dia
mengeluh lagi.
Habis
depression tu apa?
Butang merah ditekan. iPhone itu
disorong kebawah bantal. Matanya mulai kuyu. ‘Rasanya ubat yang aku telan lepas
isya’ tadi dah start kicking in dah
ni…’ Tangannya dibawa ke mulut menahan kuap. Kepala direbahkan pada bantal.
Panda Mickey dibawa ke pelukan. Blanket
ditarik sehingga ke dada. ‘Tak nak balik rumah aci tak?’ matanya dikatup.
Kejap. ‘Tak nak jumpa Mama.’ Nafasnya turun naik. Laju. ‘Tak nak tipu diri
sendiri.’ Wajah Mama dan Daddy datang silih berganti. Salah ke jika dia hanya
minta untuk dapat keluarga yang benar bahagia?
Tak ke
gila namanya bila kau sanggup lukakan diri kau sendiri?
Bukan semua orang terdedah dengan
correct health education. Expecially when it comes to mental health.
Di Malaysia isu mengenai kesihatan mental masih lagi tabu. Jumpa psychiatrist sekali dah dipandang sinis.
Diagnosed with depression and anxiety
pun sudah dicop gila. Raihana membuka mata, mengerling Sara yang sudah
tenggelam di dalam mimpi. Kalau Sara tahu keadaan dia bagaimana, adakah layanan
Sara kepadanya akan berubah juga?
Tak ke
orang yang rasa suicidal tu semuanya jenis mental tak berapa nak betul sebab tu
mereka sanggup nak bunuh diri?
Badannya
diiring ke kanan. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Mata terasa panas
dengan air mata. Dia mula teresak – esak. Blanket
ditarik melepasi kepala, mengharapkan tiada orang yang mendengar esakan
tersebut. Tubuhnya meringkuk dibawah selimut yang menutup keseluruhan jasadnya.
hai there! i'm blogwalking here^^
ReplyDelete