“What does it suppose to mean when you keep on repeating the same mistakes again?
It means you have outdone yourself again this time, it means you've never learn from your past
and
YOU--- are a failure.
You’re fine as a you have never be.
So why bother living if you can never bother surviving?
Why bother struggling when in the end you’re not even succeeding?”
You better off be dead.
* * *
Aku mengambil telefon yang dari tadi berdering tanpa henti. Butang hijau di slide ke kanan.
“Assalamualaikum.” Suara di sebelah sana menyapa.
“Waalaikumussalam,” jawabku. Senada. Aku mengambil duduk di birai katil. Tuala yang ada ditangan dilap ke muka yang masih lagi basah dengan peluh.
“Kai, kau still ada kat hostel ke?” Juki memecah sunyi.
Aku diam seketika. Cuba untuk mengatur kata. Soalan Juki bergema di minda. Aku berasa serba salah. Berterus terang sahaja, atau aku patut bagi alasan lain? Aku berkira-kira dalam otak. Suasana agak sepi beberapa ketika
“Aku ada lagi kat sini hah. Tunggu la beberapa hari jap. Nanti aku balik.” Aku tunggu reaksi Juki. Bibir digigit perlahan. Berdebar juga aku dengan Juki ni. Dia bukan boleh dibawa main. Juki adalah seorang yang sangat tegas. Kadang aku pun takut dengannya.
“Kau buat apa lama-lama kat sana?” agak tinggi suaranya. Mungkin dia risau. Aku cuba untuk tidak melatah.
“Aku join usrah kat sini. Ada kem selama tiga hari di resort Sri Kemuning.” Jawabku patah demi patah. Segan.
Juki terdiam. Agak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Kai. Kai mungkin sudah berubah? Namun soalan itu hanya mati di hati.
Dia kemudian bersuara. “Alhamdulillah.” Itu sahaja yang disuarakan.
Aku melepaskan nafas lega. Perlahan lahan aku bangun dari duduk menghampiri jendela. Matahari senja makin menghilang. Kelihatan sekumpulan burung terbang pulang ke sarangnya. Aku tukar posisi telefon dari telinga kanan, ke telinga kiri.
“Kau dah makan ubat belum?” Kali ini Juki kedengaran mesra.
“Dah. Pagi tadi dan tengahari. Ni aku baru je sampai bilik. Baru habis jogging.” Aku toleh ke sebelah kanan. Kelihatan beberapa pelajar sedang menuju ke kafe. Perut tiba- tiba berkeroncong.
“Juki, aku lapar la.” Aku mengadu.
“Ala ciannya roommate aku ni. Kalau aku ada boleh aku teman kau gi makan.” Aku tergelak kecil. Tiba- tiba aku berasa rindu dengan celoteh Juki.
“Kau mengidam apa pulak kali ni?” Juki bertanya.
“Sotong celup tepung. Dapnyeeeee…” aku panjangkan harakat. Aku mengecap lidah. Betul mengidam ni.
Juki mula membebel di telinga. Entah apa yang dibicarakan aku tidak tahu. Fikiran ku melayang pada keenakan sotong celup tepung. Kerangupan pada tiap gigitan. Sotong yang dicicah ke dalam sos homemade lada merah, kepedasan yang memberi ketagihan kepada sesiapa yang mencubanya buat kali pertama.
“Kai.. Woi Kai.. Woi!” Kebingitan jeritan Juki menyedarkan aku dari lamunan.
“Ye..” Aku menjawab dengan suara merengek.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” Juki dah mula membuka aura mak-mak. Mata aku meliar. Cuba mencari semula bebelan temanku itu di dalam kotak memori.
“Dengar. Kau pesan jangan lupa makan ubat.” Mungkin itu yang dibicarakan oleh Juki sebentar tadi. Biasanya Juki lah yang selalu mengingatkan aku tentang kesihatan diri aku. Harapkan tuan empunya badan…
“Haaa. Tu satu. Lagi satu ni hah aku nak pesan.” Juki berdehem.
“Jangan balik lambat sangat. Aku nak lepak dengan kau kat rumah. Adik-adik aku dah start sekolah. Bosan la takde kau.” Juki cuba menyembunyikan senyum dari suaranya.
“Ala kalau rindu aku cakap je la. Bukannya aku tak kenal kau.” Aku cuba memprovok Juki. Tahu, dia sudah merindui aku. Aku senyum ke telinga.
“Yelah yelah. Aku rindu kau. Puas hati?” Juki mengiakan.
Aku sengih kerang.
“Aku pun rindu kau Juki.”
No comments:
Post a Comment