START : 20141107 : 0545 - 20190203 ; Sunday ; 1819
VERTebrae : chap 1
VERTebrae : chap 1
Meen melepaskan lelah di sebalik dinding yang membahagi antara dua rumah. Deck di kaki dibiarkan tidak bergerak. Dia menyandarkan tubuh. Botol air mineral di teguk rakus.
“Kenapa aku sorang je yang di campak ke sebelah pantai timur semenanjung Malaysia ni?” Meen mengeluh sendirian. Hampir separuh dari rakan sekelasnya sudah terbang keluar Negara. Hanya dia yang terperuk di Malaysia, bahkan lebih teruk lagi, hanya dia seorang yang di hantar ke negeri persisiran pantai ni.
Semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki ke kolej ini, hatinya seakan-akan sudah mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Hampir separuh pelajar baru bagi program ijazah merupakan anak jati negeri. Sementara dia, anak kelahiran Kuala Lumpur, apa sahaja yang dia lakukan menjadi suatu perkara yang amat luar biasa bagi penduduk negeri ini.
* * *
“Ehem.. ehem. Test mic one, two” seorang lelaki yang berdiri tegak di belakang rostrum itu sedang ralit mengendalikan mikrofon. Vest berwarna kelabu asap yang dibutangkan dengan kemas jelas tertulis nama kolej dengan saiz sebesar tapak kaki di bahagian belakangnya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi,” dia melemparkan senyum yang lebar kepada tetamu yang hadir.
“Sekarang saya akan membacakan atur cara program kita pada hari ini,” tanpa berlengah lagi, dia meneruskan niatnya itu.
“Okay, adik-adik semua diminta untuk duduk di tempat masing-masing mengikut nombor giliran. Ibu bapa boleh mengambil tempat di belakang tempat menunggu untuk pelajar, ya. Saya mintak tolong sangat-sangat untuk ibu bapa agar jangan sesekali beratur bersama anak-anak anda untuk mendaftar bagi mengelakkan kesesakan. Ini bertujuan untuk melancarkan proses kita.” Suaranya agak serius. Tidak seserius mukanya yang manis dengan senyum mesra.
Derapan langkah gadis itu berbunyi seperti geseran tayar kereta yang sedang menekan pedal brek pada kelajuan 80 kilometer per jam.
‘482... 482...’ mulutnya menutur laju. Matanya berlari dari kertas di tangan ke arah deretan kerusi yang di tampal nombor.
Gadis yang memakai baju kemeja berwarna putih berseluar slack hitam itu berjalan sambil matanya liar mencari tempat duduknya.
“Adik-adik semua ni dah besar kan? Tahun ni dah masuk umur lapan belas tahun dah. Kalau layak dah nak nikah, memang tak perlu di suruh, terus aje nak kahwin, ko guane? Takkanlah nak berkepit bawah ketiak busuk mak ayah lagi,” selorohnya. Walaupun dia cuba untuk menggunakan Bahasa Melayu yang formal, namun slang pantai timur masih lagi jelas kedengaran.
Seluruh isi dewan gamat sebentar. Ada yang tergelak, ada yang tersenyum lebar sambil menoleh ke arah anak mereka masing-masing. Ada juga yang tanpa reaksi, tidak kurang juga masam mencuka kerana penat menunggu.
“Saya minta maaf jika ada yang terasa hati. Ini hanya gurauan semata-mata.” Ujar staf itu lagi.
Gadis itu menatap sekeping kertas yang terkepit di antara ibu jari dan jari telunjuk. ‘482... Empat ratus lapan puluh dua...’
Matanya kemudian berlari-lari di atas nombor yang ditampal pada kerusi yang ada di ruangan menunggu giliran. ‘Hah, found it!’ Dia senyum sendirian. Tanpa mempedulikan orang di sekeliling, dia mengambil tempatnya.
“Okay, menyambung semula topik kita tadi..”
Jasmeen Mikaela memandang pengacara itu tanpa riak. Tidak mengerti, mungkin. Namun apa yang pasti, kedua-dua belah telinganya di sumbat dengan earpiece yang sedang rancak melagukan Imagine Dragon - Demons.
Management file yang dikepit sebelah kanan diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengan kerusinya. Beg sandang Adidas dibawa ke riba. Novel IRetaliate karya lima belas penulis tempatan itu di selak pada muka surat yang di tanda. Demise, Abu Abbas.
Such grotesque strength with ungodly intentions pinned me down, paralyzed with fear. How I want to catastrate your pride with dullest knife and spit on your new name, Filth.
“Cik..” Suara garau yang teragak-agak untuk menegur gadis itu yang sedang ralit dengan bukunya di tangan. 483. Iya, nombor miliknya adalah 483.
You’re the law, enforce some written goobledygook by some rich and powerful pompous men, some women inside the hall to ensure their grandchildren and their undead-machine dependant body still driving luxury cars and sleeping on bed of roses when they get old and afraid of their most loyal angel, inevitable end.
“Ehem.. Ehem.. Cik” dia bersuara lagi. Kali ini agak keras. Mungkin dengan harapan suaranya akan didengari.
I want to be free after this not shackeled with reinforced steel, muffed, white jacket nor bars. Why would I not be free? Why should you still run free and wild?
Asif mengeluh. Deras. Putus asa dengan gadis yang ada di hadapannya, dia mengalihkan management file tersebut keatas ribanya. Kerusi yang bernombor 483 itu kini sudah menjadi miliknya.
“As!” Dia menoleh ke sebelah kanan. Kelihatan seorang gadis sedang melambai dari jauh.
“Yo Nurul!” sahutnya dengan lantang.
Gadis itu mendekati rakannya lalu dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Kau nombor berapa?” soalnya.
Asif mengawangkan kertas yang ada di tangan. Jelas tertera nombor kedudukan kerusinya “Aku 483. Kau?”
“481,” giliran Nurul memaparkan nombor kerusinya.
“Hah, kau duduk sebelah kiri perempuan telinga badak ni,” dia menjeling ke sebelah kirinya. Nurul mengambil tempatnya.
“Hoi Encik As, tak sayang mulut ke?” hampir sahaja Nurul tergelak dengan gelaran yang diberi kepada perempuan disebelahnya. Namun gelaknya terhenti apabila dia memandang wayar earphone berwarna biru muda yang bersambung dari bawah tudung hitamnya dengan handphone diatas ribanya.
Nurul memanjangkan tangan dari belakang lalu mencuit bahu kiri As. As menoleh ke kiri dengan muka toya. ‘Wei dia tengah pakai earphone la.’ Nurul menggumam. Perlahan, cuba untuk tidak mengganggu jirannya.
“Ah, kesah la pulak aku nak pakai earphone ke apa. Kerusi ni dah ada nombor masing-masing, dia tak boleh buat suka hati dia je letak barang merata.” Tinggi nadanya. Mungkin tidak berpuas hati dengan gadis tersebut yang meletakkan file diatas kerusinya tadi dan tidak menumpukan perhatian lansung dengan keadaan sekeliling.
Kelantangan suara garau di sebelahnya menyebabkan dia mengangkat muka dari buku tersebut. Dia menoleh ke kanan. Wajah mereka berada dalam jarak hanya sejengkal. Terasa nafas lelaki itu lembut menerpa mukanya. Mata mereka bertentangan. Tubuhnya kaku selama beberapa saat.
‘Lelaki. Manusia yang berada di sebelah aku adalah lelaki. Kenapa aku tak sedar lansung? Arghhh...’ gumamnya di dalam hati. Jasmeen meraup mukanya. Dia mengeluh sendirian. Suaranya kedengaran seperti dia sedang menangis.
“Eh nangis ke? Kau dengar pulak aku kutuk kau tadi.” As memandang gadis itu sinis.
Jasmeen menoleh kehadapan. Sindiran lelaki yang berada di sebelah kanannya dibiarkan sepi. Walaupun pada hakikat sebenar, dia hanya melihat bibir lelaki itu terkumat-kamit tanpa mendengar sepatah pun perkataan. Tiba- tiba jantungnya berdegup laju. Cuba ditenangkan dengan lagu yang sedang bermain sayu di telinganya.
It's just another night
And I'm staring at the moon
I saw a shooting star
And thought of you
I sang a lullaby
By the waterside and knew
If you were here,
I'd sing to you
It's just another night
And I'm staring at the moon
I saw a shooting star
And thought of you
I sang a lullaby
By the waterside and knew
If you were here,
I'd sing to you
Mata mulai layu. Ah.. Mengantuk nya..
You're on the other side
As the skyline splits in two
I'm miles away from seeing you
I can see the stars
From America
I wonder, do you see them, too?Buku yang dibacanya tadi di tanda dengan sekeping penanda buku dan di katup. Dia membuka zip beg sandang lalu dia memasukkan bukunya. Gadis itu diam. Cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian dengan taklimat yang sedang berlansung.
Asif masih lagi memerhatikan perempuan yang berada di sebelahnya.
‘She’s one a weird girl.’
* * *
Asif memandang jam di pergelangan tangan kanan. Sudah masuk jam 11 pagi. Perutnya mula berkeroncong. Dia tidak sempat untuk bersarapan pagi tadi. Tiba – tiba dia berasa rindu dengan nasi lemak air tangan ibu. Pendaftaran untuk ijazah sarjana kali ini dia datang sendirian. Mungkin kerana ini tahun keduanya berada di kolej. Memandangkan seluruh keluarga kecilnya sudah datang menghantarnya ketika dia ingin menyambung asasi kejuruteraan di tempat yang sama.
Kali ini tidak ingin menyusahkan keluarganya. Rakan – rakan sekelasnya dulu kebanyakannya tetap datang bersama keluarga. Nurul pun begitu juga. Nurul merupakan salah seorang kenalan semasa asasi. Mereka berempat merupakan kawan baik sepanjang setahun. Aminuddin memilih untuk menyambung bidang Manufacturing (Mechatronic). Manakala Daniel dan Tengku sama-sama memilih Manufacturing (Electric). Walaupun kos pengajian Daniel berbeza, sekurang- kurangnya mereka berada di bawah fakulti yang sama. Praktis pun di tempat yang sama. Mungkin hanya ada beberapa subjek yang berlainan.
Dia dan Nurul sahaja yang memilih Kejuruteraan Kimia. Fakulti yang berada paling jauh dari Fakulti Manufacturing. Minatnya yang mendalam terhadap subjek Kimia dari Tingkatan Empat tidak pernah padam. Dia tidak pernah gagal untuk mendapatkan gred A di dalam subjek tersebut sepanjang dua tahun berada di menengah atas.
Alhamdulillah, rezeki masih berada di pihaknya apabila dia berjaya mendapat keputusan A+ bagi subjek kegemarannya. Ibu adalah orang yang paling gembira apabila dia mendapat keputusan yang agak cemerlang berbanding rakan – rakan sekelasnya. Kini sesi ijazah sarjana muda sudah bermula. Dia tersenyum sendirian. Kali ini, dia berjaya membuat ibunya gembira lagi.
Lamunannya terhenti apabila dia merasakan ada sesuatu yang menghempap bahu kirinya. Dia menoleh ke kiri. Di lihat kepala gadis tadi terlentok di atas bahunya, lena.
“Alamak dah kenapa perempuan ni tidur atas bahu aku pulak ni?” suara hatinya agak sedikit cemas. Kurang selesa dengan keadaan tersebut.
Dia cuba menggerakkan sedikit bahunya, cuba untuk mengejut gadis itu dengan lembut. Namun cubaannya gagal. Lalu dia terdiam. Memerhatikan wajah gadis tersebut satu per satu. Dari hidung turun ke bibir mungil gadis itu.
Jantungnya dirasakan makin kencang. Kedua telapak tangannya berpeluh. ‘Ahhh sudah...’ Dia mengalihkan pandangan kehadapan. Pelahan - lahan dia menolak kepala gadis itu dengan telunjuk kanan.
Jasmeen masih lagi lena. Kepalanya perlahan - lahan jatuh ke sebelah kirinya, di sambut oleh bahu Nurul. Nurul yang ketika itu sedang terhingguk-hingguk membuka matanya separa sedar.
Rata – rata pelajar sudah terlelap memandangkan waktu tengah hari dan cuaca yang agak panas di luar. Asif melepaskan nafas perlahan. Nasib baik tiada sesiapa yang perasan apa yang telah berlaku. Apabila pegawai bertugas selesai memberi taklimat, dia bergegas bangun meninggalkan dewan.
“As..!” jerit Nurul dari jauh. “Wei As kau nak gi mana tu?” panggilannya dibiarkan sepi.
* * *
Jasmeen berjalan di koridor Blok J. Menarik bagasinya yang berukuran 32 inci. Beg sandang Adidas setia di galas di bahu kiri. Langkahnya mati di hadapan bilik J1 – 2/2. Kunci pintu di buka. Tombol pintu dipulas.
‘Well, hello new place! Let’s be nice to each other shall we?’
Dia mengemas barang yang di bawa. Memasang cadar katil dan sarung bantal. Katilnya sudah kemas bercorak kartun perempuan berwarna merah dan hitam.
“Okay, who cares about eating. Tidur first.” Dia merebahkan diri diatas katil. Dalam beberapa saat matanya kian layu.
Ketukan di pintu menyebabkan dia terbangun. Dia perlahan - bangun dari tempat tidurnya. Daun pintu di kuak. Gadis yang berdiri di luar itu memberi salam.
‘Ah lupa, aku patut ada roommate.’ Dia senyum nipis. Badannya terasa amat letih memandangkan seharian dia berjalan ke sana kemari. Walaupun dia tidur sepanjang taklimat, itu belum cukup menghilangkan penat.
Gadis itu meletakkan beg di atas meja study. Dia menoleh kearah gadis yang memakai beanie itu sambil menghulurkan tangan.
“Nurul Affiena binti Zakaria. Boleh panggil Nurul.” Senyum mesra dilemparkan.
Tangannya di sambut dengan salaman dari pihak sebelah.
“Meen. Jasmeen”
Meen duduk di pinggir katil. Selipar Hello Kitty dilucutkan dari kaki. Nurul memerhatikan gerak - geri rakan sebiliknya. Matanya tertancap pada corak sarung tilam dan sarung bantal milik gadis itu. Dahinya berkerut – kerut. Dia kemudian menarik nafas,
“Eh, Emily The Strange!” Suara Nurul agak nyaring memenuhi ruang bilik. Gadis yang memakai beanie itu menoleh kearah Nurul sambil mengangkat kening kedua -dua keningnya. Ekspresi mukanya jelas menunjukkan dia terkejut. 'Ah, budak ni kenal siapa Emily the Strange?'
And the rest is history.
Saya ada masa lapang dan baca dari awal sampai habis. Terus terang kamu betul2 boleh menulis. :D as dengan jasmeen tu, mesti bercinta nanti kan? Ke plot twist nanti.. Hehehe awal2 nak ramal story pula saya ni.
ReplyDeleteAnyway, earphone is my favourite. Saya suka kamu letak watak jasmeen dgr lagu, then out the lirik. Dia fokus pada music tanpa hirau sekeliling. Ke actually jasmeen ada problem? Heheh
Keep writing ya :)
Hehe cerita As dengan Jasmeen tu dah tulis sejak zaman 2014 lagi. lagi 5 chapter dah siap tulis otw nak post je. BTW kita ada persamaan dari segi earphone dan lirik lagu ehh? Yes, Jasmeen seorang yang kaki music dan jugak kaki tidur. she basically sleeps everywhere, anywhere, anytime. thanks sebab menghargai bakat picisan saya ni. keep on reading okay. nnti saya post lagi cerita Jasmeen
DeleteNampaknya Aisyah ada bakat menulis. Bila saya baca cerita ni, seolah-olah Aisyah dah lama berada dalam bidang penulisan. Kosa kata pun luas. Saya baru saja mula untuk menulis cerpen & novel. Kalau sudi boleh lah singgah baca & tinggalkan komen di https://inspiringsharing.blogspot.com/2019/01/e-novel-kan-kutunggu-kau-kembali-prolog.html?m=1
ReplyDeleteTeruskan menulis, ya. Harap sangat akan ada lebih banyak perkataan dari loghat Pantai Timur sebab jarang orang tulis buku yang ada loghat Pantai Timur, selalunya orang guna loghat Utara saja.
Terima kasih Cik Jannah. Saya mula menulis secara serious sejak 2012 lagi. Tapi belum ada kekuatan untuk terus istiqamah. Jujur, Bahasa Melayu saya tidaklah betul mana. Tatabahasa pun terabur. Even SPM, gred English lagi tinggi dari Bahasa Melayu. Tapi sejak tu saya berusaha untuk kuatkan bm, so saya banyak baca surat khabar utusan dan berita harian. Untuk suggestion loghat pantai timur akan saya usahakan. Saya pun kurang fasih dengan loghat pantai timur. Hanya menggunakan perkataan yang selalu sy dengar. Thanks again! BTW saya bukan aisyah XD nama saya ASH for ASHRAF. ASH eja dgn huruf besar, y dengan huruf kecik. y itu nama panggilan saya. hihi. harap jangan keliru
ReplyDeleteSorry, Ashraf. Rasanya saya dah confuse sebab masa blogwalking tu tak tahu berapa blog yang saya visit. Jadi, tersalah nama pula😅.
ReplyDelete