20170224; Fri; 0042
Pernah dengar kisah anak bunuh mak?
Suami kelar leher isteri.
Palestin dibom 10 maut termasuk bayi.
Pelarian Syria terkandas di sempadan Mesir.
Suami kelar leher isteri.
Palestin dibom 10 maut termasuk bayi.
Pelarian Syria terkandas di sempadan Mesir.
Kejam kan? Tapi kau tau apa yang lebih kejam?
Saat kau berhenti untuk hidup tapi kau tak mampu untuk bunuh diri kau sendiri.
Saat kau berhenti untuk hidup tapi kau tak mampu untuk bunuh diri kau sendiri.
Ya, itu yang paling tak berperikemanusiaan.
* * *
Kai
melontarkan pandangan ke hadapan. Lautan biru muda terbentang luas tidak mampu
mendamaikan sesak di benak. Hambusan bayu pagi menyapa lembut mukanya. Kaki
yang terjuntai di sebalik pagar besi itu dihayun di awangan. Dagunya dipangku
dengan tangan bersandarkan jeriji besi.
Dia melepaskan keluhan kasar. Report tak siap lagi. Petang nanti ada CME, lepas tu kena stay up sebab nak follow up patient. Tapi aku ingat nak siapkan report dulu, macamana boleh ada CME pulak tengah hari ni? Huarghhhhh....! Pening! Mana satu dulu ni?
Dahla tadi aku kena luku
dengan Dr Wan. Boleh dia kata aku ni lack of common sense? Aku buat history
taking je kot? Baru je nak auscultate, lepastu dia luku aku dengan buku lima
dia. Tak cukup tangan, kepala aku kena ketuk lagi dengan tendon hammer.
Tangan kanan menyeluk saku
jubah putih yang siap sedia tersarung di badannya. Penutup kotak besi warna
biru turquoise bersaiz separuh tapak tangan dikuak. 2 biji pil berwarna putih
diambil lalu dimasukkan kedalam mulut. Perisa peppermint. Dari dulu sampai
sekarang, tak pernah berubah. Ada la dua tiga kali dia beli perisa spearmint, sebab
perisa peppermint dah habis. Dan juga bilamana dia perlukan strong flavour
untuk menjentik sedikit semangat.
Kalau dulu dia tidak
pernah suka tapi semenjak dia berhenti merokok dua tahun yang
lalu, dia rasa tidak selesa dengan mulut kosong. Lidah terasa pahit dan tekak
berasa gatal. Sputum retention dekat trachea agaknya. Tak lama pun dia smoking,
dalam setahun.
Dan setahun tu jugak dia
kena bash dengan classmates. Lepas stop tu ada jugak yang perli tapi mujurla
diorang semua memahami. Sebenarnya bukan dia sorang je, dalam satu batch tu ada
la dekat 7-8 orang yang smoke out of 65 persons, lelaki ada dalam 25 orang.
And most of them started
since zaman lepasan sekolah. Zaman aku-dah-besar-dan-aku-boleh-buat-apa-aku-nak.
Some of them kerja, lepastu terpengaruh dengan member kat tempat kerja. Like,
kau tak smoke so kau tak cool. Pft.
Lain pulak dengan kisah
Kai. Dia mula smoke masa akhir tahun tiga medical school. Tidak ada sesiapa
yang pengaruh, tidak ada sesiapa yang hulur batang LA atau condemn sebab dia
tak smoke. Cuma diri dia sendiri cari. Dia sendiri yang start enjin motosikal,
singgah restoran mamak tidak jauh dari pagar depan kampus. Lepas pekena roti
canai telur sekeping dengan air suam, dia melangkah ke kaunter depan.
"Roti telur satu, air
suam segelas,"
"Dua ringgit tiga
puluh sen"
"Tuu..."
sambil mulutnya dimuncungkan ke arah rak di belakang pelayan berbaju putih
itu.
"Yang mana?"
Soalnya.
Dia meneliti rak yang
terlindung dengan pintu kaca. Kotak kotak yang tersusun kemas pelbagai warna
membuatkan dia sedikit keliru. Matanya kemudian terpandang kotak yang berwarna
putih. Harga mampu milik, paling murah dari kotak kotak berwarna maroon,
hijau petronas dan warna warna lain.
"Suriya"
jawabnya sambil menyeluk kocek seluar.
Pelayan itu tergelak -
gelak. Kai memandangnya penuh hairan.
"Dik, tengah jimat
ka?" Gelaknya masih bersisa.
Geleng.
"Baru?" Tawanya terhenti.
"Try yang ni,"
dia menghulur kotak berwarna merah putih.
Sekeping not berwarna
merah bertukar tangan.
Dia menunggang motor LC
milik teman sebiliknya pulang ke kampus.
* * *
* * *
Pintu bilik diketuk. Sunyi
tidak berjawab. Dia memulas tombol, lalu daun pintu itu dikuak. Tidak ada
tanda tanda bahawa teman sebiliknya, Juki, berada di rumah.
'Mungkin dia keluar ke perpustakaan agaknya.' Ujarnya di dalam hati.
'Mungkin dia keluar ke perpustakaan agaknya.' Ujarnya di dalam hati.
Kocek seluar diseluk,
tangan kanannya laju mengeluarkan isinya. Kunci motor. Kunci bilik. Wallet. Dan
sekotak rokok. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya diatas kerusi
plastik itu. Barang barang itu bertaburan atas meja studinya. Tangan kirinya
mencapai kotak rokok, dibawa tepat ke hadapan wajahnya.
"Apa aku nak buat
dengan kau?"
Pintu biliknya dikuak
tanpa ketukan. Salam diberi. Jasad yang baru melangkah setapak itu terpaku di
pintu bilik. Juki memandangnya tanpa kelip.
Tiba tiba badannya terasa
bagai berada di dalam peti sejuk beku.
No comments:
Post a Comment