20140316; Sunday; 0047
Allahu..
"Ayen,
aku nak nangis." Mata aku menadah langit yang gelap, disinari bintang
bertaburan melata, menemani bulan separuh bulat.
Ayen
teleng ke kiri.
"Apa nangis nangis ni? Tak macho la bro." Matanya turut menadah langit.
"Macho
tak macho. Lantak ah." Aku tunduk. Mata aku terasa hangat. Pedih.
"Mana
'jantan' kau selama ni?" Ayen pusing badan 90 degree. Serius.
"Hilang.
Disappeared in the thin air. Kena telan dek ikan paus." Mata aku makin
berair. Tunggu masa nak limpah je.
"Kau
apehal bro? Taknak spill out?" Ayen tepuk bahu kanan aku. Diam.
Bunyi cengkerik makin mengisi ruang kosong antara aku dan Ayen.
"Aku
rasa aku bodoh sangat."
Ayen
diam mendengar.
"Aku
kejar manusia yang tak pernah tahu kewujudan aku. Aku kejar manusia yang
sememangnya jauh dari jalan Allah. Aku kejar seseorang yang akhirat kelak akan
jadi bahan bakar api neraka."
Ayen
diam lagi.
"Berlambak
lagi Muslim kat luar sana. Tapi dia jugak yang aku suka. Dia jugak yang aku
cari. Dia jugak yang aku pilih." Aku
dah mula nangis.
"Aku
tak tahu. Aku tak tahu adakah aku perlu terus kejar dia? Ya, aku tahu solat
istikharah. Aku buat. Tipu la if I said aku tak pernah miss. Ada jugak sekali
dua burn. But since then, makin kuat perasaan aku pada dia. Atau mungkin aku je
yang degil? Hmph... Aku suka dia bukan kerana rupa. Aku suka dia bukan kerana
suara. Aku tak pernah cair dengan semua tu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku
suka. Sebab selama ni aku tak pernah pandang dia sebelah mata."
Mata
Ayen masih tak berganjak dari wajah aku.
"Aku
cuba. Aku cuba suka dia kerana Allah. Sebab aku tahu, apa aku buat ni salah. I
fall to the wrong person sedangkan aku belum tentu adakah dia jodoh aku." Hidung
aku dah berair. Dan aku teresak.
"I
want that person to know that aku suka dia. Ikhlas. Aku nak dia tahu aku bukan
setakat peminat yang tiap-tiap hari stalk dia, smiling and fangirling tak tentu
hala. Aku tak nak jadi seorang peminat yang hanya tahu favourite food or
colour. Aku nak jadikan dia sebagai teman hidup aku. Aku nak bawa dia kedalam
Islam, sebab aku sayang dia. Aku sayang dia sepenuh hati. Aku mahu lihat dia
baca al-quran disaat dia sedih, bukan ziarah tokong atau pegang tasbih besar
gedabak tu. Aku mahu lihat dia istighfar bila dia ingin marah, bukan mengamuk sebab
tak tahan dengan people around."
Aku
seka air mata aku dengan telunjuk kanan.
"Aku
sayang dia. Sumpah. Aku sayang dia sepenuh hati. Dan sayang aku ni sayang tahap
bodoh. Sayang aku pada dia melebihi sayang aku pada Allah, pada Rasulullah,
pada kedua ibu bapa aku." Esakan
aku makin kuat.
"Sebab
tu aku nak terus usaha untuk kejar dia. Aku nak chase dia bukan hanya untuk
loyalty, tapi aku chase dia sebab aku nak jadi makin baik and aku nak jadikan
dia seorang Islam seperti aku. Aku ingin dia jadikan syahadah itu sebagai
excelsis hidup." Aku
kesat hidung yang terasa berhingus.
"Aku
sayang dia, yen." Dah
kali ke berapa aku ulang ayat itu.
"Betul.
Aku nak dia masuk Islam, aku nak dia bahagia dengan agama ini. Aku nak
selamatkan dia dari api neraka kelak. Padahal aku yang Muslim sejak lahir ni
belum tentu confirm masuk syurga. I'm trying, to pray that Allah akan tetapkan
hati aku pada jalan yang benar, dan aku pray so that Allah akan beri dia
hidayah. And by just praying so that Allah akan ubah hati dia will change
nothing. Unless aku sendiri yang work for that. Aku nak cuba, aku cuba dengan
niat lillahitaala dan billahitaala."
Tunduk.
Aku diam sekejap. Menarik nafas panjang.
"Aku
harap by chasing this person, iman aku makin kuat. Aku nak kembali kejalan
Allah, and to do that aku kena kejar dream aku. Sebab dengan cara itu aku akan
bergantung pada Allah. Aku nak kejar impian aku dan dalam masa yang sama aku
nak iman aku on Him bertambah."
Aku
mengeluh. Deras.
"Masa
aku kecik-kecik dulu, aku tak boleh nak buat apa yang aku suka. Dan sekarang
aku menyesal. Aku rasa dah terlambat untuk aku buat semua tu padahal umur baru
setahun jagung. Now, aku taknak duduk diam stays still. Aku nak kejar impian
aku, aku taknak kelak aku nangis macam baby sebab aku menyesal aku tak pernah
cuba."
Dan
aku diam. Kali ini lebih panjang. Ayen
tepuk bahu aku beberapa kali.
"Done?"
Aku
angguk perlahan.
"Kau
rasa insecure?"
Ayen
tatap mata aku. Aku angguk. Kemudian aku geleng. Aku sendiri tak tahu dengan
perasaan aku sendiri.
"Aku
tak reti nak bagi kau dakwah atau tarbiah. Tapi, insecure tu petanda hati
kosong. Ambik wudhu', solat taubat, solat istikharah. Tanya Allah, dream that
you want to chase tu terbaik or not."
Aku
pandang teman aku.
"Kau
jangan terlalu bergantung dengan dream ni untuk balik ke jalan Allah. Salah tu.
Kau kena niat dengan every breath kau nak ke jalan allah. Sebab mungkin kau
akan kecewa dengan dream ni. You have to keep walking, even when your dream
fall into pieces. So then, jangan letak harapan banyak sangat."
Aku
pandang langit.
"Aku
tak salahkan kau untuk kejar orang yang kau suka. Whether dia Buddhist,
Kristian, Jews atau Muslim sekalipun. Kau pilih jalan kau sendiri. Kau yang
tentukan dream kau itu berjaya atau tidak. Semuanya terpulang pada niat kau dan
sejauh mana usaha kau untuk bawa dia kedalam Islam. Dream tu takkan lari. It's
either kita kejar atau kita berhenti kejar. Dan antara sebab untuk berhenti
kejar sebab letih. Dan masa tu kau rasa kau tak dapat kejar and tak boleh
kejar. Padahal the dream stays there. Tak bergerak."
Ayen...
"Do
what you want to, tapi ingat faith itu perlu sentiasa ada. Jangan make it fade
away macamtu je bila nanti kau lost kau punya dream. Dan jangan sesekali kau
leka dengan nikmat bila kau berjaya achieved impian kau. Got me?"
Kau
nak Allah tunaikan permintaan kau, tapi kau tak pernah tunai permintaan Allah.
Sentap.
No comments:
Post a Comment