20170208; Wed; 0121
When suddenly words that you preach
stab you in the front. Piercing through your thick skin, smoothly cutting
the adipose layers, between your so called rectus abdominis, right down
your guts. You can hear the squishy muddy sound until the force stops pushing
it deeper. Your neck flexor muscles contract, eyes pointing towards the abdomen
with enlarged iris.
Eight jabs, each one is not far from
each other. But the last one was still intact, much bottomless compared to the
others. The dark red liquid that splurged from the same spot, it feels hot at
first, but then it looks terrific. How dire can it be when you're the one
who holds the knife? You're in oblivion. But then you realise, oh it's you,
it's you. Your own so-self-loved-body and your undefined mind in return.
You take a short glance, and look way
up in the sky. Your heart is screaming, but not your body. Your soul, soulless
soul, cuffed with big, heavy chains.
You hate it so much. More than the
pain does. You hate it cause it drains away your thoughts, your
conscience, your strength and everything inside. You, yes you, a medical school
dropout, is a big fat liar.
You lie about yourself, you lie about
having a desirable life, about your precious believe and faiths. You lie about
everything.
And now it kills you, much.
When your own words ate you,
no they don't. They stab you. Eight
times.
Kai terbangun
dari tidur. Peluh yang membasahi muka dan leher dilap dengan belakang
tangan.
"Fuhhhhh...
Aku mimpi apa tadi?"
Dia meraup muka
dengan kedua tapak tangan. Matanya yang masih tertancap pada siling, kelam
tidak berkelip. Kosong.
Luka di bahagian
perut pesakit itu dicuci dengan cermat. Lapan tikaman di abdomen itu sudah
kering lukanya. Tujuh darinya berselerakan di bahagian kanan, memandangkan
pesakit bukanlah seorang yang kidal. Dan tikaman yang terakhir, tepat berada di
tengah tengah, merupakan luka yang paling dalam sehinggakan menembusi dinding
perutnya.
Dan itulah satu
satunya yang perlu dijahit.
Dia memandang
wajah lelaki itu yang sedang berkerut kerut menahan kesakitan.
"Sakit?" Mata mereka saling menatap.
"Sakit
sangat doktor.." bibirnya diketap.
Kalau sakit kenapa kau tikam diri kau sendiri? Ujarnya di dalam hati. Sayangnya kau pada manusia, sampai kau lupa pada Sang Pencipta. Untung sahaja Dia tidak matikan jasad kau terus. Syukurlah Dia masih memberi kau peluang untuk bertaubat.
Kalau sakit kenapa kau tikam diri kau sendiri? Ujarnya di dalam hati. Sayangnya kau pada manusia, sampai kau lupa pada Sang Pencipta. Untung sahaja Dia tidak matikan jasad kau terus. Syukurlah Dia masih memberi kau peluang untuk bertaubat.
Gauze itu
dirapikan dengan tape.
"Okay dah
siap, awak berehat ya. Nanti sy minta misi bagikan ubat lepas ni,"
Tangannya membuka
paip.
"Terima kasih
doktor," tangan kanannya dihulur ke arah doktor muda itu namun agak terhad
pergerakannya memandangkan rantai besi yang tergari di tangannya.
"Tak perlu
salam" lelaki yang berdiri tegak di pintu bilik utiliti bersih itu
bersuara tegas.
Tangannya
mencapai tisu. Lima helai. Precisely. Tisu yang digumpal dicampak ke dalam tong
yang berlapik plastik hitam.
Dia memberi
senyum mesra kepada polis itu. Kemungkinan berumur di awal 30an. Dia menoleh ke
belakang. Pesakit tadi sudah bangkit dari katil. Tersenyum pahit
kearahnya.
Muka itu makin
kelam. Menyedarkan dia dari lamunan.
Tangan kanan
dihulur kebawah bantal. Galaxy Note II bersarungkan casing warna merah
dipegang. Butang home ditekan. 03:52
"Allahu..
Dah nak pukul 4 pagi rupanya.. "
Dia membawa
langkah menuju ke bilik air. Selipar jepun disarung. Langkah dibawa menuju ke
sinki. Pili paip dipulas..
"Bismillah..."
No comments:
Post a Comment