20190209 ; Saturday : 1318 - 20190210 ; Sunday; 0003
Hair blower itu dibawa ke segenap inci rambut lurus paras siku.
Haba yang perlahan – lahan bertiup mengeringkan rambutnya yang lembap. Bangs
yang sudah mencecah kelopak mata. Dah boleh potong dah ni. Rambutnya meriah
dengan warna merah auburn disilang dengan highlight merah jambu. Rambutnya
dielus perlahan. Dia mengambil botol hair mask berjenama Dove. Dirapikan pada
bahagian tengah dan hujung rambut. Sikat rambut ditarik dari bakul. Dilarikan
pada rambutnya yang terletak diatas bahu. Sepit rambut hitam dikemaskan. Nice!
Sling bag disambar dari kerusi beroda. Headphone Sony
MDR dikeluarkan bersama mp3 berwarna merah. Butang on ditekan. Over My Head – Sum 41 bermain. Volume dikuatkan.
Kepalanya diangguk – angguk mengikut musik. Gadis itu menuruni anak tangga
menuju ke dapur. Peti sejuk diselongkar. Tiada apa yang menarik minatnya.
Perutnya yang kosong lansung tidak diisi dengan makanan semenjak semalam.
Twister orange diambil dari rak tepi pintu fridge.
Dipulas perlahan. Dia meneguk rakus. Haus! Plastik putih dikeluarkan dari bag. Sebiji
pil putih dikeluarkan dari paket. Ditelan bersama jus oren. Botol jus itu
ditutup lalu dicampak kedalam bag sandang yang sedia tersilang di dada.
“Cik Raihan tak nak makan dulu?” Mak Teh menyapa dari
belakang. Dia terus menuju ke sinki. Ingin menghabiskan tugasnya mencuci
pinggan mangkuk yang tertunda.
“Mak Teh ada masak daging black pepper kesukaan kamu.”
Dia menoleh ke arah Raihana yang masih lagi terpagun di hadapan peti sejuk.
“Tak lapar la Mak Teh.” Dia berjalan menuju ke ruang
tamu. Badannya kemudian dipusing ke belakang.
“Mama ada bagitau hari ni dia pergi mana?” soalnya.
“Katanya dia tak masuk office hari ni. Dia pergi
uruskan projek MRT nya di Ampang.” Mak Teh membilas pinggan yang terakhir. Paip
air ditutup. Tangannya mencapai tuala kecil berwarna putih lalu dilap tangannya
yang basah.
“Haiii seronok la dating dengan skandal dia tu.”
Gumamnya perlahan. Gadis itu senyum sinis. Kepalanya digeleng. Partner
sekerjanya kali ini merupakan ahli terbaru diserap masuk ke dalam syarikat. 8
tahun lagi muda? Pun boleh…
Raihana mencapai kunci rumah yang terletak didalam bakul kecil diatas rak kasut. Sepasang Vans hitam slip on disarung pada kaki. Kunci
gril dibuka dan ditutup kembali. Uber yang menanti di pagar di pandang. Langkah
dipercepatkan.
* * *
“Apa khabar awak hari ni Cik Raihana?” senyuman yang
mesra dipandang sepi. Raihana menguis kakinya. Perhatiannya tidak lekat pada
Doktor Nasuha yang masih gigih memandangnya.
“Macam biasala doc.” Dia mencebik. Tidak ada bezanya
dari sebulan yang lepas. Perasaan kosong itu tetap ada. Perasaan kecewa itu
tetap menyelubungi. Kadang – kadang dia menangis tanpa dipaksa. Matanya meliar
keseluruh bilik. Dari susunan fail didalam rak, ke arah pintu bercat warna
kuning lembut.
Duduk tunggu LRT yang hanya mengambil masa lebih
kurang lima minit, dia boleh menitis air mata kesedihan. Atau sambil dengar
lagu Paramore – Ignorance, dengan begitu sahaja mata terasa panas.
Macamana dia boleh sayu mendengar lagu yang boleh
memekakkan telinga sekali pasang, dia sendiri tertanya – tanya. Lainlah kalau
tengah layan Far Away by Nickelback. Suara Chad dah memang murung semacam boleh
buat orang melolong.
“Awak ada buat apa – apa lagi ke? Pills? Cutting?”
soal Doktor Nasuha berhati – hati. Lengan kirinya ditongkat pada lengan kerusi.
“Emm… takde” jawabnya sepatah. Paracetamol dua papan
terbiar sepi. Ubat yang diambil sekarang hanyalah Fluoxetine. 1 tablet sehari
seperti arahan.
“PCM takde eh? Potong pun takde kan?” Doktor Nasuha
mula menulis pada dokumen ditangan.
I said I didn’t take any pills. I said I didn’t cut
myself. I didn’t say anything about scratching myself using a pen knife. Baru
semalam torehan dilengan kirinya dilarikan. Panjang. Dari lipatan sehinggalah
sebelum pergelangan. Cecair merah pekat yang mengalir turun dari jari menitik
ke lantai bilik. Luka dilengan dibiarkan kering dengan sendiri.
Setiap titisan menghilangkan rasa kecewa pada
kegagalan diri. Gagal sebagai seorang anak. Gagal sebagai seorang pelajar. Dan
juga gagal sebagai seorang manusia. Berdenyut lengannya tak usah cerita. Tapi
sekurang – kurangnya ia bisa membuatkan dia lupa pada kegusaran hati yang
menyesakkan fikiran.
Peristiwa yang sama berlaku enam bulan yang lalu.
Peristiwa yang menyebabkan dia kantoi dengan mama buat kali pertama. Siang itu,
dia keluar bersama rakan perempuannya ke Wangsa Maju. Girls day out lah
kononnya. Hari yang seharusnya dia bergembira dengan rakan bertukar menjadi
worst nightmare ever!
this one length memang ngam gila dengan Ran |
this one, the pink colour is close to what i picture |
Tak sangka Raihana ada masalah bila baca permulaan cerita. Berdebar-debar nak tahu apa worst nightmare tu. Teruskan menulis ya.
ReplyDelete