Followers

Saturday, 16 March 2019

RAN III : Famili



Satu dorm memuatkan lapan katil double decker dengan tilam - tilam yang belum beralas. Hanya tilam miliknya sahaja yang sudah siap dipasang cadar berwarna kelabu gelap bercorakkan bunga hydrangea berwarna putih. Katilnya berada di hujung sekali, paling dekat dengan pintu keluar B, juga paling dekat dengan tangga. Barang – barang dobi diletakkan dibawah katil. Toiletries disatukan di dalam bakul kecil berwarna hitam. Dia memilih almari yang berada di hujung kaki katilnya. Pintu gerobok kecil yang sudah terbuka itu dilihat isinya. Hanya dipenuhi dengan beberapa pasang baju kurung raya dan empat helai jubah hitam yang baru dibeli. Lima pasang khimar sudah siap tergantung pada hanger bersama pakaian – pakaian tadi. MP3 player berwarna merah disimpan di dalam laci bersama dengan Walkman disc player dan headphone berjenama Sony. Album – album milik band kegemarannya diletakkan dalam ruang yang sama.

Bahagian dalam pintu sudah siap dihiasi dengan poster Amy Lee terpampang jelas disebelah cermin yang tergantung. Sekeping gambar keluarga ditampal di sebelah poster tersebut. Gambar raya tahun lepas. Mulut Razin yang penuh dengan makanan dan cucuk sate masih lagi setia di tangan. Mama yang sedang menyudu kuah soto ke dalam mangkuk sebelum diserahkan kepada papa. Dan dia yang sedang tersenyum manis kearah lensa sambil tangan kanannya merangkul lengan kiri papa. Ketika ini rambutnya masih lagi dengan tone blonde, telinga kiri yang penuh dengan lapan jenis subang yang berbeza. Tangan kirinya yang menayangkan ‘peace’ di udara dipenuhi dengan gelang hitam pada pergelangan. Kuku yang bercat hitam senada dengan tema. Dia memakai baju kebaya songket berwarna hitam dengan dekorasi yang ditenun dengan benang emas. Papa dan Razin juga kemas dengan baju melayu cekak musang warna hitam dengan samping menggunakan kain songket yang sama. Mama berkebaya design yang sama dengannya, rambut hitam yang beralun pada paras bahu tersisir rapi dikemaskan dengan sepit corak bunga mawar dihiasi batu permata.

Mukanya betul sama dengan mama. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Gambar ini diambil oleh Paksu, adik bongsu sebelah mama. Sekali imbas nampak macam keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh buat orang sekeliling. Tapi hakikatnya, hanya dia sahaja yang tahu betapa peritnya hidup dengan bertopengkan kepalsuan semata – mata. Pintu almari ditutup. Hujung mata diseka dengan telunjuk. Tekaknya terasa perit berpasir. Pintu dorm yang dikuak dari luar menyebabkan dia menoleh ke kiri. Kelihatan seorang gadis lengkap bertutup litup sedang menarik bagasi kearahnya. Dia meletakkan bantal keatas katil bersebelahan dengan katil milik Raihana. Zip bagasinya dibuka. Dia mula mengeluarkan isinya lalu disimpan kedalam almari di hadapannya. Raihana hanya diam memerhati dari tadi. Gadis itu menoleh kearahnya lalu dia menghulurkan salam mesra.

“Assalamualaikum, saya Maisara. Boleh panggil Sara.” Hanya matanya sahaja yang jelas terpampar dengan senyuman yang tidak lekang.



        *    *     *   


            Kepalanya diangguk – angguk mengiyakan. Telefon yang dikepit diantara telinga dan bahu diri terasa panas. Sudah hampir lima belas minit mereka berbual di telefon. Raihana berdiri tegak di hadapan cermin yang digantung pada pintu gerobok. SK – II face toner disapu pada muka menggunakan kapas dari jenama yang sama. Facial Treatment Essence itu dituang pada telapak tangan dan perlahan – lahan dia membawanya lembut ke muka. Jari jemarinya mengurut keseluruhan mukanya dan juga leher. Pintu loker kemudiannya ditolak rapat dan dikunci.

            “Rian, are you sure tak nak Mama pick up hujung minggu ni?” Mama bersuara dari hujung telefon bimbit.

            “Yes, Mama. Rian nak duduk kat sini je hujung minggu ni tak nak keluar ke mana – mana.” Langkahnya diatur ke katil. Telefon ditukar ke telinga kanan. Dia merebahkan tubuhnya ke katil.

            “Rian…” Mama sudah bersuara dengan getar amaran. Selepas kejadian yang membawanya ke Emergency Department pertengahan tahun lalu, Mama sentiasa menjaga dan memerhati gerak – gerinya. Setiap kali dia menyuarakan bahawa dia ingin menyendiri, Mama mulai berasa sangsi dengan tingkah lakunya. Jika dia mengunci bilik dari dalam, Mama terus gelabah. Bukan tak pernah dia menguncikan diri di dalam bilik dan tak keluar seharian. Tau – tau tubuh kecil itu dah layu tak sedarkan diri dengan pil – pil yang bertaburan di lantai.

            “Mamaaaa…” suaranya kedengaran seperti merengek. “Kat sini Rian stay dalam dorm kan? Ramai je yang tak nak keluar outing. Dorang ada je kat sini dengan Rian,” cuba ditenangkan ibunya yang berada di hujung talian.

            “No. I don’t think so,” tegas. “Hujung minggu ni Mama datang ambik. Bring along your laundry. Nanti suruh Mak Teh settlekan.” Titik. Raihana melepaskan keluhan kasar. Dua minggu dia berada di sini, sepertinya Mama masih belum percaya bahawa dia akan pulih. Paket putih yang berada di hujung bantal diambil.

            Mirtazapine 30mg (Remerone) dah tinggal separuh. Next appointment dengan doktor pakar lagi lapan hari. Ambil ubat pula lagi tiga hari. Raihana mengurut leher yang terasa lenguh. ‘Okay fine, aku balik! But just to make sure that I won’t running out of my medication.’ Kalau ubat – ubat tu dah habis, tak rasa kena deal dengan jutaan side effects lain pulak… Haru! Tak pasal – pasal banyak pulak masalah lain yang kena hadap.

            “Okay Ma. I’ll wait for you then,” dia senyum pahit. Orang lain berebut – rebut nak keluar outing lama – lama, nak dapat cuti berhari – hari seperti dia. Boleh dikatakan hampir semua cemburu dengan kelebihan yang dia dapat. Maklumlah, kat sini sistemnya macam sistem sekolah. Hanya dibenarkan keluar dua hari pada hujung minggu. Bergilir – gilir dengan para akhawat. Tujuannya adalah untuk ‘menjaga’ dan mengekalkan ilmu yang diberikan. Tapi kalau semua tahu kenapa dia mendapat ‘privilege’ tersebut, maunya dia dipulaukan tak cukup tanah.

            Ada juga dua tiga yang sok – sek – sok – sek di belakang. Ada yang terus terang bertanya depan depan. Raihana hanya memberitahu dia sakit perut dan sentiasa perlukan check – up. Penat lah nak hadap pandangan orang. Penat nak jawab kalau ditanya macamana ‘orang gila’ macam dia boleh terlepas masuk dalam pondok yang sepatutnya diisi oleh orang – orang yang hanya cintakan agama. ‘Aku pun cuba untuk cintakan agama apa? Aku cuba untuk cari solution untuk diri aku sendiri kat sini… Lagipun depression tu bukannya gila…’ Dia mengeluh lagi.

Habis depression tu apa?

Butang merah ditekan. iPhone itu disorong kebawah bantal. Matanya mulai kuyu. ‘Rasanya ubat yang aku telan lepas isya’ tadi dah start kicking in dah ni…’ Tangannya dibawa ke mulut menahan kuap. Kepala direbahkan pada bantal. Panda Mickey dibawa ke pelukan. Blanket ditarik sehingga ke dada. ‘Tak nak balik rumah aci tak?’ matanya dikatup. Kejap. ‘Tak nak jumpa Mama.’ Nafasnya turun naik. Laju. ‘Tak nak tipu diri sendiri.’ Wajah Mama dan Daddy datang silih berganti. Salah ke jika dia hanya minta untuk dapat keluarga yang benar bahagia?

Tak ke gila namanya bila kau sanggup lukakan diri kau sendiri?

Bukan semua orang terdedah dengan correct health education. Expecially when it comes to mental health. Di Malaysia isu mengenai kesihatan mental masih lagi tabu. Jumpa psychiatrist sekali dah dipandang sinis. Diagnosed with depression and anxiety pun sudah dicop gila. Raihana membuka mata, mengerling Sara yang sudah tenggelam di dalam mimpi. Kalau Sara tahu keadaan dia bagaimana, adakah layanan Sara kepadanya akan berubah juga?

Tak ke orang yang rasa suicidal tu semuanya jenis mental tak berapa nak betul sebab tu mereka sanggup nak bunuh diri?

            Badannya diiring ke kanan. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Mata terasa panas dengan air mata. Dia mula teresak – esak. Blanket ditarik melepasi kepala, mengharapkan tiada orang yang mendengar esakan tersebut. Tubuhnya meringkuk dibawah selimut yang menutup keseluruhan jasadnya.


Sunday, 3 March 2019

Tukar url blog


Salam.

Semester baru dah bukak. Semua busy, aku pun turut sibuk menyelesaikan masalah duniawi.

To do list :
  • buat driving lesen baru kat JPJ (sebab hilang dalam pemilikan)
  • buat kad ATM Bank Islam (hilang juga dalam pemilikan)
  • Kad ATM Bank Rakyat (seperti yang diatas)
  • Request kad ikrar baru from National Organ Donation (pun hilang jugak)
Btw aku dah tukar URL blog. Yang asal i-risefromtheashes.blogspot.com to
https://ashy-balada.blogspot.com/



[ba.la.da] | بلادا
Definisi : lagu atau puisi yg panjang yg mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yg diulang di hujung setiap rangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definition of ballad in English:  Ballad

      NOUN

  1. A poem or song narrating a story in short stanzas. Traditional ballads are typically of unknown authorship, having been passed on orally from one generation to the next.
  2. A slow sentimental or romantic song.    

ORIGIN
Late 15th century (denoting a light, simple song): from Old French balade, from Provençal balada ‘dance, song to dance to’, from balar ‘to dance’, from late Latin ballare (see ball). The sense ‘narrative poem’ dates from the mid 18th century.

ASHy dan balada sendiri. I love musics, so here is mine :


Regran from last week, cerita pasal jadi imam tu, sebenarnya aku diminta untuk hadir majlis tadarus al -Qur'an. 30 telah dipilih untuk menjadi qari, so aku pun terpilih jugak. Menurut mereka dalam kalangan orang muda, aku punya bacaan tergolong dalam kategori baik. Hmmm... aku rasa tajwid aku teruk, makhraj aku pun terabur, qiraat lagi la wei facepalm  

Masing - masing diberi satu juz untuk dibaca dan di dengar oleh hadirin yang datang. Aku dapat Juzuk 8. Aduh. Gusar di hati aku membuak - buak. Aku rasa bacaan aku kurang elok nak dibandingkan anak - anak tahfiz. Debar di dada tak usah cerita la, rasanya boleh lawan paluan kompang majlis nikah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar (padahal sepanjang duk baca tu aku rasa masa berlalu sangat lambat). Dia macam ni tau, bukan tak nak tapi malu sebab ada lagi yang lebih baik dari kau so kau rasa rendah diri sangat kalau nak compare dengan orang lain.

Yela aku pun sekolah agama kejap je. Tu pun bukan aku bukan hafiz. Setakat pelajar sekolah agama, ilmu masih lagi cetek dan masih lagi perlu bimbingan dari masa ke semasa. 

Untungla siapa dapat Juzuk 30 hihihi laju je habis. Tapi favourite aku sejak aku 6 tahun ialah Juzuk 1 dan 2. Walaupun boleh tahan la panjang ayat sebab mostly Surah Madaniyyah kan, tapi maybe sebab tu adalah antara Juz- Juz yang awal aku baca setelah berjaya menghabiskan qiraati :) Hyper excited semenjak kecil dah tak boleh nak elak.

Aku berjaya khatam masa aku umur 11 tahun. Tapi bila dah besar, al - Qur'an aku letak tepi. Pandang sebelah mata pun tak. Sibuk dengan dunia sampai akhirat tak jaga. Kalau dulu boleh je setahun khatam dua tiga kali. Sekarang ni nak khatam setahun sekali pun dipaksa berkali - kali. Rasa macam nak terajang diri sendiri, dah tua bangka baru nak merangkak macam ni Ya Allah malunya!


*flip meja*