Followers

Saturday, 16 March 2019

RAN III : Famili



Satu dorm memuatkan lapan katil double decker dengan tilam - tilam yang belum beralas. Hanya tilam miliknya sahaja yang sudah siap dipasang cadar berwarna kelabu gelap bercorakkan bunga hydrangea berwarna putih. Katilnya berada di hujung sekali, paling dekat dengan pintu keluar B, juga paling dekat dengan tangga. Barang – barang dobi diletakkan dibawah katil. Toiletries disatukan di dalam bakul kecil berwarna hitam. Dia memilih almari yang berada di hujung kaki katilnya. Pintu gerobok kecil yang sudah terbuka itu dilihat isinya. Hanya dipenuhi dengan beberapa pasang baju kurung raya dan empat helai jubah hitam yang baru dibeli. Lima pasang khimar sudah siap tergantung pada hanger bersama pakaian – pakaian tadi. MP3 player berwarna merah disimpan di dalam laci bersama dengan Walkman disc player dan headphone berjenama Sony. Album – album milik band kegemarannya diletakkan dalam ruang yang sama.

Bahagian dalam pintu sudah siap dihiasi dengan poster Amy Lee terpampang jelas disebelah cermin yang tergantung. Sekeping gambar keluarga ditampal di sebelah poster tersebut. Gambar raya tahun lepas. Mulut Razin yang penuh dengan makanan dan cucuk sate masih lagi setia di tangan. Mama yang sedang menyudu kuah soto ke dalam mangkuk sebelum diserahkan kepada papa. Dan dia yang sedang tersenyum manis kearah lensa sambil tangan kanannya merangkul lengan kiri papa. Ketika ini rambutnya masih lagi dengan tone blonde, telinga kiri yang penuh dengan lapan jenis subang yang berbeza. Tangan kirinya yang menayangkan ‘peace’ di udara dipenuhi dengan gelang hitam pada pergelangan. Kuku yang bercat hitam senada dengan tema. Dia memakai baju kebaya songket berwarna hitam dengan dekorasi yang ditenun dengan benang emas. Papa dan Razin juga kemas dengan baju melayu cekak musang warna hitam dengan samping menggunakan kain songket yang sama. Mama berkebaya design yang sama dengannya, rambut hitam yang beralun pada paras bahu tersisir rapi dikemaskan dengan sepit corak bunga mawar dihiasi batu permata.

Mukanya betul sama dengan mama. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Gambar ini diambil oleh Paksu, adik bongsu sebelah mama. Sekali imbas nampak macam keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh buat orang sekeliling. Tapi hakikatnya, hanya dia sahaja yang tahu betapa peritnya hidup dengan bertopengkan kepalsuan semata – mata. Pintu almari ditutup. Hujung mata diseka dengan telunjuk. Tekaknya terasa perit berpasir. Pintu dorm yang dikuak dari luar menyebabkan dia menoleh ke kiri. Kelihatan seorang gadis lengkap bertutup litup sedang menarik bagasi kearahnya. Dia meletakkan bantal keatas katil bersebelahan dengan katil milik Raihana. Zip bagasinya dibuka. Dia mula mengeluarkan isinya lalu disimpan kedalam almari di hadapannya. Raihana hanya diam memerhati dari tadi. Gadis itu menoleh kearahnya lalu dia menghulurkan salam mesra.

“Assalamualaikum, saya Maisara. Boleh panggil Sara.” Hanya matanya sahaja yang jelas terpampar dengan senyuman yang tidak lekang.



        *    *     *   


            Kepalanya diangguk – angguk mengiyakan. Telefon yang dikepit diantara telinga dan bahu diri terasa panas. Sudah hampir lima belas minit mereka berbual di telefon. Raihana berdiri tegak di hadapan cermin yang digantung pada pintu gerobok. SK – II face toner disapu pada muka menggunakan kapas dari jenama yang sama. Facial Treatment Essence itu dituang pada telapak tangan dan perlahan – lahan dia membawanya lembut ke muka. Jari jemarinya mengurut keseluruhan mukanya dan juga leher. Pintu loker kemudiannya ditolak rapat dan dikunci.

            “Rian, are you sure tak nak Mama pick up hujung minggu ni?” Mama bersuara dari hujung telefon bimbit.

            “Yes, Mama. Rian nak duduk kat sini je hujung minggu ni tak nak keluar ke mana – mana.” Langkahnya diatur ke katil. Telefon ditukar ke telinga kanan. Dia merebahkan tubuhnya ke katil.

            “Rian…” Mama sudah bersuara dengan getar amaran. Selepas kejadian yang membawanya ke Emergency Department pertengahan tahun lalu, Mama sentiasa menjaga dan memerhati gerak – gerinya. Setiap kali dia menyuarakan bahawa dia ingin menyendiri, Mama mulai berasa sangsi dengan tingkah lakunya. Jika dia mengunci bilik dari dalam, Mama terus gelabah. Bukan tak pernah dia menguncikan diri di dalam bilik dan tak keluar seharian. Tau – tau tubuh kecil itu dah layu tak sedarkan diri dengan pil – pil yang bertaburan di lantai.

            “Mamaaaa…” suaranya kedengaran seperti merengek. “Kat sini Rian stay dalam dorm kan? Ramai je yang tak nak keluar outing. Dorang ada je kat sini dengan Rian,” cuba ditenangkan ibunya yang berada di hujung talian.

            “No. I don’t think so,” tegas. “Hujung minggu ni Mama datang ambik. Bring along your laundry. Nanti suruh Mak Teh settlekan.” Titik. Raihana melepaskan keluhan kasar. Dua minggu dia berada di sini, sepertinya Mama masih belum percaya bahawa dia akan pulih. Paket putih yang berada di hujung bantal diambil.

            Mirtazapine 30mg (Remerone) dah tinggal separuh. Next appointment dengan doktor pakar lagi lapan hari. Ambil ubat pula lagi tiga hari. Raihana mengurut leher yang terasa lenguh. ‘Okay fine, aku balik! But just to make sure that I won’t running out of my medication.’ Kalau ubat – ubat tu dah habis, tak rasa kena deal dengan jutaan side effects lain pulak… Haru! Tak pasal – pasal banyak pulak masalah lain yang kena hadap.

            “Okay Ma. I’ll wait for you then,” dia senyum pahit. Orang lain berebut – rebut nak keluar outing lama – lama, nak dapat cuti berhari – hari seperti dia. Boleh dikatakan hampir semua cemburu dengan kelebihan yang dia dapat. Maklumlah, kat sini sistemnya macam sistem sekolah. Hanya dibenarkan keluar dua hari pada hujung minggu. Bergilir – gilir dengan para akhawat. Tujuannya adalah untuk ‘menjaga’ dan mengekalkan ilmu yang diberikan. Tapi kalau semua tahu kenapa dia mendapat ‘privilege’ tersebut, maunya dia dipulaukan tak cukup tanah.

            Ada juga dua tiga yang sok – sek – sok – sek di belakang. Ada yang terus terang bertanya depan depan. Raihana hanya memberitahu dia sakit perut dan sentiasa perlukan check – up. Penat lah nak hadap pandangan orang. Penat nak jawab kalau ditanya macamana ‘orang gila’ macam dia boleh terlepas masuk dalam pondok yang sepatutnya diisi oleh orang – orang yang hanya cintakan agama. ‘Aku pun cuba untuk cintakan agama apa? Aku cuba untuk cari solution untuk diri aku sendiri kat sini… Lagipun depression tu bukannya gila…’ Dia mengeluh lagi.

Habis depression tu apa?

Butang merah ditekan. iPhone itu disorong kebawah bantal. Matanya mulai kuyu. ‘Rasanya ubat yang aku telan lepas isya’ tadi dah start kicking in dah ni…’ Tangannya dibawa ke mulut menahan kuap. Kepala direbahkan pada bantal. Panda Mickey dibawa ke pelukan. Blanket ditarik sehingga ke dada. ‘Tak nak balik rumah aci tak?’ matanya dikatup. Kejap. ‘Tak nak jumpa Mama.’ Nafasnya turun naik. Laju. ‘Tak nak tipu diri sendiri.’ Wajah Mama dan Daddy datang silih berganti. Salah ke jika dia hanya minta untuk dapat keluarga yang benar bahagia?

Tak ke gila namanya bila kau sanggup lukakan diri kau sendiri?

Bukan semua orang terdedah dengan correct health education. Expecially when it comes to mental health. Di Malaysia isu mengenai kesihatan mental masih lagi tabu. Jumpa psychiatrist sekali dah dipandang sinis. Diagnosed with depression and anxiety pun sudah dicop gila. Raihana membuka mata, mengerling Sara yang sudah tenggelam di dalam mimpi. Kalau Sara tahu keadaan dia bagaimana, adakah layanan Sara kepadanya akan berubah juga?

Tak ke orang yang rasa suicidal tu semuanya jenis mental tak berapa nak betul sebab tu mereka sanggup nak bunuh diri?

            Badannya diiring ke kanan. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Mata terasa panas dengan air mata. Dia mula teresak – esak. Blanket ditarik melepasi kepala, mengharapkan tiada orang yang mendengar esakan tersebut. Tubuhnya meringkuk dibawah selimut yang menutup keseluruhan jasadnya.


Sunday, 3 March 2019

Tukar url blog


Salam.

Semester baru dah bukak. Semua busy, aku pun turut sibuk menyelesaikan masalah duniawi.

To do list :
  • buat driving lesen baru kat JPJ (sebab hilang dalam pemilikan)
  • buat kad ATM Bank Islam (hilang juga dalam pemilikan)
  • Kad ATM Bank Rakyat (seperti yang diatas)
  • Request kad ikrar baru from National Organ Donation (pun hilang jugak)
Btw aku dah tukar URL blog. Yang asal i-risefromtheashes.blogspot.com to
https://ashy-balada.blogspot.com/



[ba.la.da] | بلادا
Definisi : lagu atau puisi yg panjang yg mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yg diulang di hujung setiap rangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definition of ballad in English:  Ballad

      NOUN

  1. A poem or song narrating a story in short stanzas. Traditional ballads are typically of unknown authorship, having been passed on orally from one generation to the next.
  2. A slow sentimental or romantic song.    

ORIGIN
Late 15th century (denoting a light, simple song): from Old French balade, from Provençal balada ‘dance, song to dance to’, from balar ‘to dance’, from late Latin ballare (see ball). The sense ‘narrative poem’ dates from the mid 18th century.

ASHy dan balada sendiri. I love musics, so here is mine :


Regran from last week, cerita pasal jadi imam tu, sebenarnya aku diminta untuk hadir majlis tadarus al -Qur'an. 30 telah dipilih untuk menjadi qari, so aku pun terpilih jugak. Menurut mereka dalam kalangan orang muda, aku punya bacaan tergolong dalam kategori baik. Hmmm... aku rasa tajwid aku teruk, makhraj aku pun terabur, qiraat lagi la wei facepalm  

Masing - masing diberi satu juz untuk dibaca dan di dengar oleh hadirin yang datang. Aku dapat Juzuk 8. Aduh. Gusar di hati aku membuak - buak. Aku rasa bacaan aku kurang elok nak dibandingkan anak - anak tahfiz. Debar di dada tak usah cerita la, rasanya boleh lawan paluan kompang majlis nikah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar (padahal sepanjang duk baca tu aku rasa masa berlalu sangat lambat). Dia macam ni tau, bukan tak nak tapi malu sebab ada lagi yang lebih baik dari kau so kau rasa rendah diri sangat kalau nak compare dengan orang lain.

Yela aku pun sekolah agama kejap je. Tu pun bukan aku bukan hafiz. Setakat pelajar sekolah agama, ilmu masih lagi cetek dan masih lagi perlu bimbingan dari masa ke semasa. 

Untungla siapa dapat Juzuk 30 hihihi laju je habis. Tapi favourite aku sejak aku 6 tahun ialah Juzuk 1 dan 2. Walaupun boleh tahan la panjang ayat sebab mostly Surah Madaniyyah kan, tapi maybe sebab tu adalah antara Juz- Juz yang awal aku baca setelah berjaya menghabiskan qiraati :) Hyper excited semenjak kecil dah tak boleh nak elak.

Aku berjaya khatam masa aku umur 11 tahun. Tapi bila dah besar, al - Qur'an aku letak tepi. Pandang sebelah mata pun tak. Sibuk dengan dunia sampai akhirat tak jaga. Kalau dulu boleh je setahun khatam dua tiga kali. Sekarang ni nak khatam setahun sekali pun dipaksa berkali - kali. Rasa macam nak terajang diri sendiri, dah tua bangka baru nak merangkak macam ni Ya Allah malunya!


*flip meja*


Monday, 18 February 2019

Imam


     Alkisah waktu aku cuti sem haritu...

    Aku percepatkan langkah menuju ke masjid. Jam tangan dikerling. Ah, lagi lima minit nak masuk waktu Zuhur. Harini aku pakai selipar jepun je. Niat nak jalan kaki pergi masjid, nak dapat pahala jalan kaki la konon. Ni turun lambat macamni pahala apanya, rakaat pertama pun macam tak sempat gayanya. Aku cuba pecut. 

     Sampai di tangga masjid aku duduk, melampiaskan lelah. Dada dah berombak laju turun naik. Tok siak dah pandang aku semacam.

     "Eh kamu ni kenapa macam kena kejar dengan anjing je," dia dah tergelak kecil.

     Aku bingkas bangun dari duduk. 

     "Takdela tok, tadi turun lambat dari rumah. Takut tak sempat rakaat pertama." Aku tuju ke tempat berwudhu'.

     Selesai.

     Aku betulkan letak kain pelekat di pinggang. Tok siak dah usha aku atas bawah sambil memetik suis kipas.

     "Eh Ash," dia panggil aku. (takdela dia panggil aku Ash pun, kat kampung ni nama panggilan aku lain)
    
     "Kamu dulu budak sekolah agama kan?" Tok siak dah senyum semacam. Ah, tolongla jangan mintak aku jadi imam. Ni liat nak datang awal ni. Bab - bab jadi imam ni aku tolak tepi. Aku angguk perlahan. Muka dah start awkward semacam dah. Tolongla jangan mintak aku jadi imam. Please...

     "Ni hah, nak mintak kamu jadi...."

     Ahhh sudahhhh.....


 


   

Thursday, 14 February 2019

Ran II : Adik



“Kakak! Kakak, bangun.” Razin menggoncang bahu Raihana lembut.

Perlahan kelopak mata dibuka. Susuk tubuh Razin bersilang dengan cahaya lampu bilik. Matanya digosok. Razin tersenyum melihat gelagat kakaknya. Kepala Raihana diusap. Ingin sahaja dia angkut kakak dan baringkan kakak diatas katil. Tapi dia tahu kakak sangat benci physical touching macamtu.

Dulu juga dia pernah kena luku sebab headlock Raihan tanpa amaran. Raihana dah macam adik pun ada. Manja mengalahkan anak raja. Hampir enam tahun dia hidup sebagai anak tunggal dan tiba – tiba perlu berkongsi mama dan daddy dengan dia. Kakak dan dia sangat kontra. Sorang kepala batu, sorang lagi hanya reti mengangguk. Sorang beku macam kutub utara sorang lagi mellow macam mat bunga.

Tak pernah sama. Tapi dia sangat terhutang budi dengan Raihana. Kalau ada adik beradik yang selalu bercakaran, dia dan kakak saling bergantungan antara satu sama lain. Kakaklah satu – satunya orang yang menjaga dia ketika mama dan daddy tidak ada. Kakaklah yang kena marah sebab tak perhatikan adik elok – elok sampai dia jatuh bersagat lutut kiri kanan ketika bermain di taman. Apalah yang diharapkan oleh mama pada seorang kanak – kanak perempuan yang berumur 12 tahun ketika itu? Dia pula yang berusia enam tahun hanya reti menangis tak henti – henti.

Kakak yang teman dia ambik result UPSR. Remaja yang berumur 18 tahun baru menginjak ke alam dewasa, sudah diserahkan segala tanggungjawab menjaga isi rumah. Kalau tanya kakak tak keluar bersama kawan – kawankah? Ada. Tapi hanya seketika. Layanannya kepada kakak tidaklah begitu affectionate pada awalnya. Sekadar biasa – biasa. Kadang rasa serabut pun ada. Cuti hampir dua bulan sebelum dia menerima keputusan PT3, dia terjumpa album gambar di bilik kakak. Raihana masa tu tengah study group di kolej sebelum dia menghadapi final examination untuk diplomanya. Cuba diselongkar buku – buku Shakespear, buku - buku poems yang tersusun didalam rak sebagai mengisi masa lapang yang berbaki.

Album bersaiz A4 kulit jingga dirobek isinya. Kelihatan gambar sekumpulan pelajar yang menerima keputusan 5A UPSR jelas tertera. Masing – masing dapit oleh ibu bapa. Dia cari raut wajah Raihana. Ada. Tapi hanya dia sendiri. Mana mama? Mana daddy? Dibelek lagi muka surat seterusnya. Gambar di tingkatan tiga. Slip keputusan ditangan dipegang bersama sijil penghargaan dari pihak sekolah: “Tahniah 8A PMR” Kali ini dia tidak berseorangan, Mak Teh ada sebagai peneman.

Razin tercari – cari gambar kenangan untuk majlis penyampaian hadiah untuk keputusan SPM milik Raihana. Tiada. Dia lupa, kakak tidak datang ke sekolah hari itu. Penat Mak Teh pujuk, dia tetap tidak mahu pergi. Kakak hanya tahu resultnya seminggu kemudian. 6A 2B 1C tu rasanya takde la teruk mana. Bahasa Inggeris A+. Kakak merupakan salah seorang daripada 10 pelajar yang mendapat keputusan A+ untuk SPM (English) di dalam sekolah. 1119 GCE – O Level dapat 1A. Sejarah, Matematik dan Chemistry dapat A, Bahasa Melayu dan Physics pula A-. B+ for Biology dan Pendidikan Islam manakala C+ for Additional Mathematics. Okay apa?

Seminggu kakak duduk di rumah kunci bilik. Dia keluar pagi untuk hantar aku ke sekolah dan tengahari untuk jemput aku pulang ke rumah. Aku sebagai adik baru berusia 12 tahun tidak tahu apa – apa. She’s tired of being left alone. Kakak dah penat perlu hadap semuanya sendiri. Susah sendiri, bahagia pun still lagi sendiri. Tak tahu nak kongsi dengan siapa. Aku seka hujung mata yang basah dengan air mata. Selama ini aku rasa sedih bila mama dan daddy selalu tak ada untuk peristiwa bersejarah dalam hidup aku, bagaimana pula dengan kakak? Dia tidak ada sesiapa. Not even me…

Dia tahu kakak cuba sedaya upaya supaya dia tidak menerima nasib yang sama. Kakak yang drive tiga jam dari rumah ke sekolah untuk tengok dia terima Anugerah Pelajar Terbaik untuk keputusan PT3 dulu. Dia tengok sekeliling, rakan – rakan seusianya ditemani ibu bapa. Tapi dia hanya ada seorang kakak, yang datang tersenyum bangga membawa sejambak bunga. Ketika itu dia rasa bahagia. Kelompangan yang mereka sama – sama hadapi terasa penuh terisi apabila dikongsi dua.

Tapi sekarang the bitter end makin terasa. Siapa sangka Raihana Izyan yang dulunya begitu tough hidup sendiri sudah tidak mampu untuk mengelap air mata yang berada di pipinya? Siapa yang dapat membayangkan the brutal Rian is now fading away from the board? Kakak is being very fragile. Enam bulan lepas mama kelam kabut kejut daddy dan dia. Razin yang ketika itu masih lagi mamai menggosok – gosok mata, terkejut apabila melihat lengan kakak yang sudah basah dengan darah yang belum berhenti mengalir.

Mujur sahaja peristiwa itu berlaku ketika dia berada di rumah. Kalau dia tidak ada, entah bila baru dia dapat tahu. Tempoh tiga hari kakak dimasukkan ke wad, mama hanya datang menjaga pada waktu malam. Waktu siang dia yang jaga memandangkan mama perlu bekerja. Dia yang nampak bagaimana seksanya kakak menahan kesakitan. Setiap makanan yang dimuntahkan. Air kosong pun tidak mampu ditelan. Setiap kepedihan yang dirasai pada lengan kiri. Pada puluhan parut goresan yang berbirat di kaki.

Kakak tidak pernah bercerita. Siang hari dipenuhi oleh tangisan dan esakkan. Dia yang duduk disebelah menemani hanya mampu memerhati. Menghulurkan helaian tisu apabila diminta. Enam bulan terasa begitu lama, progression kakak tidaklah menonjol mana. Mungkin sekarang selera makannya makin baik. Makan tengah hari tadi okay je, cuma jangan dipaksa. Kakak hanya makan sekali sehari. Itu pun kalau dia rasa nak makan nasi, kadang sshanya dialas dengan oatmeal atau roti. Kepala kakak diusap lagi. Kasihan dan simpati. Sekarang ini tiba giliran dia pula untuk menjaga Raihan. Kakak don’t worry, adik is here sampai mati.




Saat Kau Pergi


Salam. 
This is a tribute; untuk kisah lovey dovey yang pernah aku tulis. Oh no! Sumpah cheesy...! I think I wrote this back in 2011, that was 8 years ago. I send this short story to penulisan2u in 2012. At that time, kisah my friend's sister was selected by Karya Seni after her story was published in the same website inspires me. She is so successful sehinggakan novel itu diterbitkan sebagai drama. Back then in 2012, a drama based on novel is still rare. So aku dengan semangat berkobar - kobar, meneruskan niat yang terbuku di hati.
Tapi sampai sekarang takde orang approach pun. Hiuhiuhiu sedih!
I stopped for a while to put my focus in SPM. But this story is still legit la. Cheesy, manis diabetes tahap boleh potong kaki! I wanted to delete this tapi it is still a memory. This is in the graph of how I grow, so...
(p/s: Please excuse my ayat bergula. I was still a teenager back then)

_______________________________________________________

26 JUN 2011




Assalamualaikum..

     Kepada Pe'ah ku tersayang, aku nak bagi tahu kau sesuatu. Sesuatu yang kau memang takkan tau kalau aku tak bagitau kau. First, aku nak ucapkan terima kasih kat kau, sebab kau still sudi baca surat aku, walaupun kau tau aku yang menyebabkan kau putus dengan boyfriend kau.

Kau tahu tak, aku nangis bila aku tau kau sakit? Kau tahu tak, aku turut bersedih time kau rindu kan kucing kau yang dah mati tu? Walaupun aku tak minat ngan kucing ke hape ke. Ye lah hidung sensitif kan? Nanti aku tergaru-garu depan kau, kau kata aku pengotor pulak.

     Kau tahu tak, aku benci tengok kau kecewa putus cinta? Kau tahu tak, aku hap
py time kau sedih duk frust putus ngan boyfriend kau? Kau tau tak, aku dah koyak gambar kau ngan boyfriend kau?

     Sebenarnya kan, tiap-tiap hari aku mintak kat Tuhan, supaya kau putus and kau akan couple ngan aku. Tiap-tiap malam aku nangis sebelum tidur sebab aku frust kau dah ada boyfriend. Kau tahu? Kau tahu? Kau tak tahu kan? Sebab aku tak pernah  bagitahu kau.

     Kau tak pernah terpikir nak tanye semua tu kat aku setelah kau tau semua ni? Aku rase kau tau kenapa. Mungkin sebab kau tahu aku dah start jatuh cinta kat kau. Kau pernah tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni? Aku harap, kau rasa apa yang aku rasa.. 

Aku tak nak bertepuk sebelah tangan. Tapi, kalau dah memang takde jodoh antara kita, nak buat macamana kan? Ajal maut semua di tangan Tuhan.

     Aku tak boleh nak paksa kau cintakan aku. Sedalam mana pun cinta aku kat kau, kalau kau dah berpunya sekalipun, aku takkan paksa kau hidup dengan aku. Aku akan doakan kau bahagia. By the way, aku mintak maaf kalau selama aku hidup disisi kau, aku terkacau kau ke, terlap tahi hidung aku kat kau ke, terlekuk kepala kau ke.

     Aku harap kau tak ambil hati. Aku tulis surat ni sebab aku dah nak pergi jauh. Kau takkan tau tempat tu. Jauh sangat. Aku nak kau maafkan semua perbuatan aku, halalkan makan minum aku. Semua lah. Termasuk mengumpat pasal boyfriend kau. Maaf lah ye?

     Anyway, thanks coz you've taken care of me. Kau lah kawan baik aku dunia akhirat. Aku cuma nak kau tahu, aku C.I.N.T.A kan kau! AKU CINTAKAN KAU PE'AH!! 


Tulus dari hatiku,
Huzaiful a.k.a Epul


                                         *  *  *


             Sofea tergamam. Kelu lidahnya untuk berbicara. Epul... Hanya itu yang bisa diungkapkan. Kau kat mana? Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa kau sanggup buat aku macamni? Kau kata kau tak suka tengok aku bersedih. Tapi kenapa kau pulak yang buat aku sedih? Kenapa? Kenapa kau kejam dengan aku Epul? Sofea menangis. Dia tidak lagi mempedulikan Amir. Walaupun asalnya Amir yang memaksanya membaca surat itu. Amir yang sedang mencari jasad Sofea terlanggar Dr. Farish. 

       "Maaf doktor. Saya hendak cepat ni. Nak cari Sofea. Doktor ada nampak dia tak?"
 
      "Sofea? Dia ada kat sana. hujung balkoni Wad Kenanga."
       "Oh. Thanks, doktor."
      
       Amir kaget melihat situasi tersebut. 'Tak silap aku, Sofea tengah marah kat Huzaiful tadi. Kenapa pulak dia menangis panggil si Huzaiful tu?' Amir mendekati Sofea. 

      "Sofea. Are you okey?" Tiada jawapan. Hanya esakan yang berbunyi.

      "Sofea, kenapa ni sayang? Huzaiful dah sakitkan hati you lagi ke?" 

     "Tak, Mir. Dia tak pernah sakitkan hati I. I yang sakitkan hati dia, Mir. I yang buat dia menderita selama ni. Ni semua salah I, Mir." Sofea terus menangis. Air matanya tak henti-henti mengalir.
 
    "Syhhh.. It's okey,my dear. Calm down. You need to relax." Amir seakan-akan memujuk. Dipeluknya Sofea supaya berhenti menangis. Harapannya Sofea akan membalas pelukannya, namun hanya tepisan yang diterima. Sofea menolak Amir jauh darinya. Aneh! Selama ini Sofea suka dibelai sebegitu, namun hari ini sikapnya berubah.
   
      'Kenapa? Why? Why Sofea? Awak bencikan saya ke? Ke awak dah terpengaruh dengan surat Huzaiful? Apa isi surat tu? Kenapa awak percaya?' 

          Persoalan demi persoalan timbul. Esakkan Sofea yang kuat menghentikan lamunan Amir.
   
        "Sofea sayang, I tak suka tengok you macamni. Lupakan apa yang telah berlaku. Dah dia nak pergi. Just let him go." Amir memujuk.
   
         "No! No Amir! Saya tak nak dia pergi. Saya dah buat banyak salah kat dia, saya nak minta maaf kat dia Amir."
 
        "Sofea. Listen to me, forget about him,ok? Time heals what reasons cannnot. So,let it go with the flow. Kita tengok apa yang akan berlaku pada masa hadapan nanti. Saya yakin suatu hari nanti dia akan pulang jugak."

         Sofea meninggalkannya tanpa sepatah kata. Mungkin terlalu sedih.


                                        * * *


SEBULAN SEBELUMNYA.  25 Mei 2011, JAM 6.06 PETANG.


       "Sofea, jom."

       "Nak pergi mana? Tak naklah. I letih."

        "Alah sayang, janganlah camni. Kan you dah janji dengan I?"

        "Memanglah, tapi I rase tak sedap hati aje. I rase sumtin' bad will happen."

       "Perasaan aje tu. You ikut ajelah, ye? Please? My sweet hunny bunny? Alah cayang-cayang.."

       "Ah, takde maknanye. Sayang konon.."

       "You,,jomlah.."

       "Ye, ye..Ok lah."

       "Ha, ni yang I sayang you ni."

       "Whatever!"


Sesampainya disana..


        "Kejap eh? Nanti I bukakan ikatan kat mata you ni. Just step foward satu langkah aje lagi."
 
        "Can I stop here?"

     "A'ah. Nanti I bukak." Ikatan di matanya terlerai. Sofea terkesima. Kejutan daripada Amir menyentuh hatinya.

         "Wow. This is so....Amir! You buat semua ni untuk I? Wow!" Amir hanya diam tersenyum. Baguslah Sofea bahagia. Hari ini senyuman itu terukir lagi.

         "Thanks a lot! I don't know how to say this. But, this is so sweet. You make me smile in these stupid years. Thanks a lot!"

         Rose Park dihiasi gula-gula yang dijadikan rantai. Rantai gula gula itu dililit di batang pokok rhu yang berjajar di sekeliling tasik. Bangku taman dikelilingi piring merah hati membentuk love. Setiap piring mengandungi sushi kegemaran Sofea. Deretan bunga matahari tersusun rapi membentuk laluan menuju ke bangku. Sofea berjalan sambil mengutip bunga matahari tersebut. Pemandangan matahari terbenam menenangkan jiwa.

          "I'm happy about this. I don't expect that you will do anything to make me happy."

         "I will always make you happy. No doubt about that, hunny. Tapi..ada sesuatu yang I nak bagitahu you. Patut bagitahu."

          "Patut bagitahu? About what? This time you look serious. There something wrong?"

          "Sebenarnya, my mom.. She.."

          "Kenapa? She's sick?"

         "No. She's fine. Tapi.. My mother, dia..dah carikan orang lain untuk I. Mama I berkenan dengan perempuan tu. And diorang setuju untuk nikahkah I tanpa pengetahuan I. I don't even know her name is and they just said yes to my marriage. I am damn angry, but I had to agreed. Nak jaga maruah family I. I'm so sorry sayang." 

         Sofea tersentak. Adakah setakat ini sahaja hubungannya dengan Amir? Angan- angannya ingin membina mahligai bersama musnah. Hatinya sakit bagai tertusuk sembilu. Namun apakan daya sudah tiada jodoh. Sadis sekali kisah cinta antara mereka berdua. 

         "I don't know what to say.."

        "You don't have to say anything. Sofea, I've got something on my mind. Jom kita kahwin lari, I bawak you pergi kat Pattani. Kita nikah kat sana."

        "I tak nak. I tak nak nikah kat sana."

      "Dah tu, you nak nikah kat mana? Lombok? Ke you nak cari tempat lebih elok? Indonesia? Australia?"

         "No Amir. I tak nak kahwin lari dengan you in that way."

         "Kalau macamtu you jadi isteri I nombor dua. I akan paksa isteri pertama I setuju." 

         "Takpelah, Mir. I tak nak kahwin dengan you. Jodoh tak boleh dipaksa. If you manage to marry me, and still jodoh tak berpihak kat kita, kita akan berpisah jugak. Dah takde jodoh nak buat macamana, kan? I tak kisah. You patut ikut cakap mama you. Kan syurga di bawah telapak kaki ibu."

         "But.. Sofea. I love you so much. Damn much. I tak nak lepaskan you."

         "Amir, I pun sayang kat you. Kalau boleh I nak habiskan sisa hidup I dengan you, tapi dah takde jodoh. Jangan pertikaikan apa yang Allah dah buat. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni."

          "Tapi.."

     "Sudahlah Amir. I reda kalau itu takdirnya. We are not ment together. So, I just can say congrats. Bye."

       Sofea menapak pergi. Amir menangis. Semua egonya hilang. Kasihnya hanya untuk Sofea seorang. Namun, apakan daya, ini permintaan ibunya sendiri. Sofea turut menangis dalam diam. Kisah cinta mereka berakhir disitu.


                                        * * * 


        Sofea menangis diatas bangku dibumbung Pangsapuri Bahagia.

        "Kenapa mesti aku? Kenapa?!!" Dia meraung sekuat hati.
        "Janganlah menangis lagi. Dah memang takde jodoh kan?" Epul datang tanpa dipinta. Sofea segera mengelap pipinya. Ingin disembunyikan tangisannya itu.
         "Dah, tak payah sapu. Aku tau kau dah putus dengan Amir kan? Dia call aku tadi. Dia suruh aku pujuk kau elok-elok. Sayang betul dia kat kau."
   
     "Pergilah main jauh-jauh. Jangan pedulikan aku. Kau tak payah tolong dia pujuk aku. Aku nak bersendirian. Please go."
   
     "Kau tau tak? Kadang- kadang, manusia tak pernah sedar kaca yang ada dihadapannya adalah permata. Tapi permata yang dimilikinya itu adalah kaca. Kau faham tak maksud aku?"Esakan Sofea terhenti. Epul memahami Sofea. Rakan sepermainan sejak kecil menyebabkan mereka saling memahami antara satu sama lain.

        "Eh, kejap. Bukan ke dia dah sedar apa yang dihadapannya adalah permata, sebab tu dia dah milikinya."
  
       "Tak. Kau silap. Sebenarnya manusia tak pernah ambil tahu kaca di hadapannya, sebab dia tengok dari luarannya, bukan dalamannya. Tapi dia dah memiliki permata, sebab dia terpegun dengan luaran kaca yang mempersona. Manusia mudah tertipu dengan luaran, sebab diorang tak boleh tengok dalaman seseorang. Sebab itu Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir, bukan ikut hawa nafsu, faham?"
  
       "A'ah. Dah faham. That means, don;t judge a book by it's cover lah? Tapi judge a book by it's index kan?"
        "Lah kenapa pulak index? Sepatutnya isi buku tu lah. Bukannya index"
         "Index tu isi kandunganlah, mangkuk!"

        "Weh, pinggan! Index tu tulis tajuk besar aje. Bukan isi dia."
        "Ape- ape ajelah. Malas aku nak layan kauni."
   
        "1-0. Yeah! Aku menang!"
   
        "Kali ni kita main benda lain pulak apa kata kita main Chim-Pan-Zee"
   
        "Tak nak aku. Setiap kali aku main, mesti kalah."
        "Alah, jomlah. Feveret aku nih. Jom eh?"
  
       Untuk mengelakkan Sofea menangis dan teringat kisah antara dia dan Amir, Epul setuju. Malam itu Sofea menghabiskan masa bergembira dengan Epul. Mereka baring diatas bangku masing- masing sambil mencari objek di bintang. Sedar tak sedar, Sofea terlelap disitu. Epul menyelimuti Sofea dengan selimut yang dijemur orang. Epul turut tidur disitu, menemani Sofea dibawah bintang.
        

                              * * *

        Sinaran mentari pagi menyilaukan pandangan Sofea. Dia bangun dalam keadaan separuh mamai. Epul yang sedang berlari keliling ketika itu menyapanya.
   
      "Eh, kau dah bangun?"
   
      "Jam berapa sekarang ni?"
   
      "7.30"
   
      "7.30!! Siot la kau ni. Kenapa tak kejutkan aku?! Dah la tertinggal Subuh, aku masuk kerja pukul lapan, mana sempat nak mandi, gosok baju, pakai baju, sarapan lagi. Ahhhh! Bodoh betullah kau ni."
   
       "Dia yang bangun lambat nak salahkan orang. Mujur aku dah solat. Pada muka kau."
 
       Sofea terkocoh- kocoh bangun dari bangku tersebut. Dia segera turun ketingkat lapan. Ingin sahaja dia masuk kerumah, Rufaini datang. Alamak, minah ni lagi. Takde kerja lain ke? Memang lah takde, sebab tu dia datang kat kau. Bodoh betulah.
  
         "Hai Sofea. Kau apa khabar hari ni? Sihat?"
   
       'Eh minah ni. Demam ke apa? Tetiba tanya pasal aku? Ni kena cari klinik ni. Jangan mainlah kalau dia dah 'demam' macamni. Tak pasal- pasal aku kena karang'
        "Aku ok je. Kau tu yang tak ok. Meh sini aku test dahi kau. Tak panas pun. Ni kenapa ni tetiba buat baik dengan aku ni? Kau nak apa sebenarnya?"
   
         "Alah Pe'ah, kau ni memang memahami aku lah. Kau ni memang kawan sejati."
         Eii budak ni, tak paham bahasa sungguh. Kan aku dah cakap, jangan panggil aku Pe'ah? Mentang- mentang Epul panggil aku macamtu, kau ingat kau sama macam dia? 

            "Aku nak berterima kasih kat engkau, sebab perbuatan 'baik' kau." Minah ni, sengal betul. Menyampah aku.
 
          "Terima kasih? Buat apa?"
 
         "Ye la, terima kasih sebab kau dah putus dengan Amir. Sekarang, bolehlah aku ambik dia."
 
        "Ambik la. Kau ni memang muka tak malu lah. Dah terang- terang dia tak nak kat kau, kenapa terkejar-kejar jugak? Pelik la budak ni."
  
        "Suka hati aku lah! Kau ni bodoh sebab kau lepaskan dia macamtu. Dia tu kan kaya? Aaah! Aku tahu, kau tinggalkan dia untuk aku kan? Ni aku sayang kau ni."
        "Ambik ajelah. Tapi kau jangan menyesal kalau dia sakitkan hati kau." Memang dia takkan terima kau, sebab dia nak kahwin dengan orang lain.
  
      "Dahlah, aku nak pergi kerja ni. Pergi balik, gosok gigi. Mulut kau berbau lah." Ambik kau! minah ni kalau tak kena dengan aku, tak puas. 


                                        * * *


      "Ah. Aku nak jumpa kau. Kat Hard Rock Cafe. Jam sembilan malam. Aku tunggu." Epul mematikan panggilan tersebut.

        "Epul." Sofea menyapa.
        "Pe'ah. Malam ni aku nak jumpa orang. Tak boleh lepak dengan kau malam ni."
   
        "Kau nak pergi mana?"
  
        "Aku nak pergi jumpa kawan lama."
   
         "Ni tak best ni. Bila kau balik?"
   
        "Aku balik lambat malam ni. Kau tak payah tunggu aku."
   
       "Oklah. Tapi malam esok kau free kan?"
   
      "Malam esok? Malam esok tak boleh jugak. Lusa pun tak boleh."
   
      "Laa..Kau nak pergi mana? Takkan tiap- tiap malam kot."
   
      "Aku nak spend time dengan dia. Dia duduk kat sini dua tiga hari aje."
   
      "Yelah. Malam ni aku ngadap tv ajelah."
   
       "Bagus! Budak baik selalu ikut cakap aku."
       

                                 * * *
   
      "Woi, aku tak nak kau kacau dia lagi. Kau paham ke tak? Nak aku cakap bahasa alien baru nak paham ke?"
        "Suka hati aku lah. dia tetap milik aku. Kau takde hak nak campur urusan peribadi dia."
   
       "Dia tu kawan baik aku. A friend in need is a friend indeed. Dia dah benci kau. Dia dah buang kau dari hidup dia. By the way, kau tu kan dah nak kahwin. So, jaga baik- baik your wife-to-be. Nanti tak pasal- pasal kena kebas."
   
        "Kau jangan nak sibuk. Aku cakap dia milik aku, so dia milik aku!"
   
       "Huh! Tak malu."
  
        Amir mengepal penumbuk. Dush! Satu tumbukan hinggap di bibir Epul.
   
       "Woi! Kau gila ke?"
  
       Amir meninggalkan Epul kesakitan. Amarahnya sudah tidak tertahan lagi.
       

                                 * * *

       "Aduh! Sakitlah! Perlahn lah sikit."
   
      "Padan muka. Sape suruh kau nakal sangat?"
   
      "Kan aku dah cakap, aku terpijak sabun. Mulut aku terkena birai kerusi. Sakit siot!"
   
     "Ini balasan kepada budak nakal macam kau." Epul terdiam. Dia terpegun dengan kecantikan Sofea.
  
       "Pe'ah. Kau tau tak, kau ni cantik jugak?"
   
       "Jangan nak mengada- ngada." Sofea menekan bibir Epul.
  
       "Wei! Sakitlah!"
   
       "Padan muka!"
   
      "Wei, kenapa kau suka sangat dengan bunga matahari tu? Bukannya cantik pun."
   
      "Cantiklah. Sebab bunga dia besar seakan matahari yang menyinari hidup aku."
   
      "Baik pilih bunga plastik. Tak layu- layu."
   
      "Bunga plastik tak wangi. Tak sedap."
  
       "Sembur Fabreeze. Habis cerita."
   
      "Tak nak. Aku nak bunga matahari jugak."
   
      "Bunga plastik!"
   
       "Matahari.!"


                                        * * *


          'Aku mesti siasat. Kemana dia nak pergi.' Sofea bermonolog. Sofea mengikuti Epul sampai ke Hard Rock Cafe.
          
            "Siapa tu? Amir? Epul buat apa berjumpa dengan Amir?" Sofea mendekati meja mereka. Mencuri dengar apa yang dibualkan.

          "Kau tahu tak? Aku yang buat korang berpisah. Aku pujuk mama kau pilih perempuan lain."
   
      "You what?! Bodoh! Kau tahu aku sayang dia. Dia pun sayang aku."
   
      "Aku tak peduli. Mama kau percaya sebab aku cakap aku kekasih dia."
   
      "Kenapa kau buat kitorang macamni?"
   
      "Sebab aku jelouse. Dia sepatutnya suka kan aku. Tapi kau ambik dia dari aku."
  
      "Kau tau tak, dia akan membenci kau kalau kau buat dia macamni."
   
      "Dia takkan benci kalau dia tak tahu."
   
        "Dan sekarang aku tahu. Sampai hati kau buat aku macamni, Epul? Aku ingat kau faham perasaan aku. Aku ingat kita kawan, tapi ini ke seorang kawan buat kat kawan dia?"
   
        "Pe'ah?! Macamana kau datang? Kau.. Jangan percaya cakap dia. Ini salah faham aje!"
   
     "Dah! Takde maknanya lagi. Aku dah dengar semua penjelasan kau terhadap Amir. Kau ni memang jahat, Epul. Kau tak layak jadi kawan aku. Amir, let's go."
  
       Sofea menarik tangan Amir.
   
       "Pe'ah! Tunggu. Pe'ah!"
       

                                  * * *


Sebulan sehari selepas kejadian itu..
Di pusara Epul..

        "Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa kau tak cakap apa- apa kat aku Epul?"
  
      "Sofea, dahlah. Yang pergi biarkan pergi. Kita tak boleh menyesal atas kepergian dia. Nanti tak tenang dia dalam kubur nanti" Amir menasihati.
      

                                  * * *

         Selepas membaca surat itu, Sofea segera mencari doktor Farish.
  
      "Doktor, Huzaiful kat mana? Dia kat mana doktor? Cepat bagitahu saya. Dia kat mana?"
   
       "Dia.. Dia tak bagi saya bagitahu sesiapa. Terutama awak, Sofea."
   
      "Doktor, saya sayangkan dia separuh nyawa saya doktor. Takkan doktor tak kasihankan saya. Tolonglah!"
   
        "Dia berada di hujung sana. Dalam bilik di sebelah kiri."
   
       "Tapi.. Doktor.. Jangan tipu saya."
   
       "Awak tak percaya? Pergi tengok sendiri."
   
       "Tapi..itu bilik mayat, doktor. Takkan dia dah.." Doktor Farish meninggalkan Sofea. Sofea menuju ke bilik tersebut dengan langkah yang longlai. Amir mengikutinya dari belakang.
   
       "Innalillah.." Amir segera memegang bahu Sofea. Sofea terduduk di situ. Dia sudah tak mampu untuk menangis lagi. Kesedihannya merampas segala kekuatannya. Kemarahannya terhadap Epul sebulan yang lalu hilang.
  
       Epul disahkan menghidap barah otak dua minggu setelah dia menghilangkan diri dari Sofea. Barah ini sudah mencapai tahap keempat. Dia sudah tidak dapat diubati lagi. Doktor hanya menasihatkannya tinggal di wad supaya mereka dapat menguruskan mayatnya memandangkan dia tidak mempunyai saudara untuk menjaganya.
        

                                 * * *

        "Epul. Aku mintak maaf sebab aku marah kat kau. Aku tahu kau kecik hati dengan aku. Aku tak patut buat kau macamni."
         
         "Sofea, Amir minta diri dulu ye? Awak duduk sini baik- baik nanti saya datang ambil awak."
   
        "Tak payah lah. Biar saya balik sendiri." Sejurus selepas Amir pergi, Sofea menabur kelopak bunga matahari segar diatas pusara Epul.
       "Aku dah paham maksud kau kenapa kau tak bagi aku suka bunga matahari. Sebab bunga matahari hanya berbunga sekali setahun. Tapi bunga plastik kekal berkembang dan takkan pernah layu.
   
        Aku akan tetap ingat memori antara kita, Epul. Setiap apa yang kau gaduhkan dengan aku mempunyai makna tersendiri. Pasal kaca dan permata tu, pasal bunga tu.
        Epul, kau pun harus tahu, aku sayangkan kau. Lebih dari seorang kawan. Dua minggu kau tinggalkan aku, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa tak lengkap hidup aku tanpa kau. Kenapa kau tak cakap kat aku? Malam aku menangis tu, kau pujuk aku. Rupa- rupanya itulah malam terakhir kita lepak bersama. Aku nak kau tahu, aku pun cintakan kau, Epul. "
       
                                          -THE END-